Resipi Asas Scones Guna 4 Bahan. Boleh Tambah Perisa Untuk Lebih Enak

Share

Scones sangat enak dijadikan sajian ketika minum petang. Pastri lemak masin dan dinikmati pula dengan jem manis, memang padanan yang sempurna. Jika ingin menjadikannya berperisa, boleh tambah bahan-bahan seperti cip coklat, kismis atau apa-apa rasa mengikut pilihan masing-masing. Nak cuba buat? Saudari Zatil Arip ada kongsikan resipi asas scone dan juga cara menjadikan scone pelbagai perisa. Jom cuba!

CARA BUAT SCONES KOSONG (PLAIN) & SCONES BERPERISA

BAHAN ASAS SCONES KOSONG:

2 cawan tepung naik sendiri (beli online disini)
1 cawan susu segar sejuk (untuk buat buttermilk)
1/2 cawan mentega sejuk bergaram (cold salted butter)
**Homemade buttermilk (1 cawan susu segar + 2 sudu makan jus lemon/limau)

CARA MEMASAK:
1. Parut mentega masuk terus dalam tepung.


2. Ramas sampai jadi serbuk roti.
3. Tambah buttermilk & gaul ala kadar sahaja.
4. Bentukkan jadi doh dan tekan leper setebal 1-2 inci.
5. Tekap guna acuan bulat/gelas tanpa ‘twist’.
6. Susun atas alas bakar dalam loyang.
7. Kacau sebiji telur dan 1 sudu air & sapukan pada permukaan doh.
8. Bakar pada suhu 200°C selama 20 minit atau sehingga keemasan.

Jika sukakan scones pelbagai rasa dan ingin hasilkan 3 perisa berbeza, ini bahan-bahan dan cara-caranya:

BAHAN TAMBAHAN:

Scones Inti Savoury:
2 batang sosej – potong dadu
1/2 biji bawang holland secukupnya– potong dadu (beli online disini)
1 sudu teh cili kisar (beli online disini)
Keju cheddar
Gula, garam dan serbuk lada hitam secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan hingga wangi. Angkat dan sejukkan.

Scones Kismis:
Kismis hitam secukupnya 

Scones Cip Coklat:


Cip coklat secukupnya

 

CARA MEMASAK:

1. Parut mentega masuk terus dalam tepung.
2. Ramas sampai jadi serbuk roti. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian (1 cawan tepung untuk scones savoury, 1/2 cawan tepung untuk scones kismis dan 1/2 cawan untuk scones cip coklat.)


3. Masukkan bahan tambahan pilihan (savoury/kismis/chocolate chips) ke dalam mangkuk masing-masing.


4. Tambah buttermilk dan gaul ala kadar sahaja. Nisbah sukatan adalah 1/2 cawan untuk Scones savoury dan 1/4 cawan untuk kismis dan cip coklat.


5. Tabur tepung atas dulang dan bentukkan doh.

6. Tekan doh dan tekan leper setebal 1-2 inci.


7. Tekap guna acuan penerap bulat atau gelas. Kalau nak potong2 je pun boleh.


8. Susun atas alas bakar dalam loyang.


9. Kacau sebiji telur dan 1 sudu air dan sapukan pada permukaan doh. Untuk doh savoury, boleh tambah hirisan daun parsli di dalam bancuhan telur.


10. Bakar pada suhu 200°C selama 20 minit atau sehingga keemasan.


11. Scone pelbagai perisa sedia untuk dihidangkan.

Kredit resipi & foto: Zatil Arip

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN