Resipi Asam Gumpal. Kuih Tradisional Popular Di Bulan Puasa.

Share

Sedapnya Kuih Asam Gumpal. Bila tiba bulan Ramadan, kuih muih dan manisan tentunya jadi pilihan ramai. Salah satunya ialah Asam Gumpal ni. Ia merupakan sejenis hidangan kuih tradisional Melayu yang popular di Pantai Timur, dihasilkan menggunakan biji sagu dan dimasak menggunakan santan. Cubalah resipi perkongsian Opah Mas Cotek ni. Pasti puas hati.

 

CARA MASAK KUIH ASAM GUMPAL SEDAP UNTUK BERBUKA

BAHAN ASAM GUMPAL:

  • 2 cawan sagu
  • 1 cawan air panas didih

BAHAN INTI:

  • 1 cawan kacang hijau
  • 1 cawan gula pasir
  • Air secukupnya

BAHAN KUAH:

  • 4 cawan santan
  • 2 ulas bawang merah kecil
  • 1 inci halia
  • 1 sudu teh halba
  • 2-3 sudu makan gula pasir

CARA MEMASAK:

1. Untuk inti, rebus kacang hijau hingga kembang.

2. Masukkan gula dan masak hingga kering. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dibulat-bulatkan. Ketepikan.

3. Basuh sagu dan toskan sekurang-kurangnya satu jam.

4. Masukkan air panas. Sebatikan hingga boleh dikepal.

5. Masukkan inti

yang telah dibulatkan tadi dan kemaskan. Bentukkan seperti bebola.

6. Kukus selama 10 minit sehingga sagu jadi jernih. (lapik kukusan dengan plastik ketika mengukus asam gumpal.)

7. Seterusnya satukan semua bahan kuah dan masak hingga mendidih guna api perlahan.

8. Masukkan asam gumpal kemudian tutup api. Sejukkan.

9. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Opah Mas Cotek

ANDA JUGA BOLEH CUBA:

 

IKLAN