Resipi Almond Cluster. Biskut Raya Sedap, Hanya Guna 2 Bahan

Share

Almond Cluster semestinya sangat sedap dan digemari ramai. Bila makan, terasa kerangupan badam yang disalut dengan coklat yang mewah. Ramai yang jual biskut ‘sultan’ ini namun harganya juga boleh tahan. Maklumlah, bahan-bahan yang digunakan tu memanglah sedikit tetapi berkualiti dan mahal. Jom buat sendiri supaya lebih jimat. Saudara Muhamad Fadzul Ilahi Azhar ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!

 

CARA MUDAH MEMBUAT BISKUT ALMOND CLUSTER HANYA GUNA 2 BAHAN

BAHAN-BAHAN:

 

CARA MEMASAK:

1.Ambil badam dan tuang ke dalam loyang. Bakar dalam ketuhar atau sangai dalam kuali hingga keperangan.

2.Kemudian cairkan coklat dengan kaedah double-boil. Anda juga boleh cairkan coklat menggunakan ketuhar gelombang mikro.

3. Setelah siap, sejukkan kedua-dua bahan terlebih dahulu.

4. Bila sudah sejuk, satukan kedua-dua bahan tadi dan gaul sebati. Pastikan coklat bersalut rata pada badam.

5. Sudukan badam ke dalam cawan kertas atau di atas parchment paper.

6. Sejukkan biskut di dalam peti sejuk selama 10-15 minit untuk mengeraskannya.

7. Keluarkan dan susun dalam bekas. Almond Cluster sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: Muhamad Fadzul Ilahi Azhar

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

 

 

IKLAN