Resipi Almond Chocolate Crunchies Sedap Dan Rangup

Share

Bila dah datang mood rajin buat biskut, tak payah tunggu raya. Biasanya biskut yang menjadi kesukaan ramai ialah biskut yang ada taburan coklat.PKP pun tak habis lagi, jadi untuk meredakan kebosanan jomlah kita buat biskut.

ALMOND CHOCOLATE CRUNCHIES
Bahan-bahan:
400gm salted butter (simpan kertas bungkusan)
350gm kastor sugar
525gm tepung naik sendiri
60gm serbuk koko
80gm coklat masakan (dicairkan guna double boiler)
2 biji telur
1 sudu makan esen vanila
1 sudu teh paras bicarbonate of soda
150gm badam cincang (almond nibs – dibakar suhu 100C selama sejam)

Cara membuat:
1.Masukkan mentega bersama gula kastor ke dalam mangkuk dan pukul sehingga sebati.

2. Kemudian masukkan soda bicarbonate dan pukul sehingga kembang. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul sebati.

3. Masukkan coklat yang sudah dicairkan. Pukul rata. Kemudian masukkan serbuk koko dan gaul dengan kelajuan perlahan sehingga sebati. Selepas itu masukkan tepung naik sendiri dan gaul sebati. Pukul pada kelajuan tinggi selama beberapa saat.


4. Akhir sekali masukkan badam yang telah dibakar dan disejukkan. Gaul sebati sehingga menjadi doh lembut. Simpan doh sebentar ke dalam peti sejuk selama sejam. Sediakan kertas mentega dan plastik untuk membungkus.

5. Keluarkan doh yang telah disejukkan dan ambil anggaran satu senduk nasi kemudian bentukkan selinder berdiameter ukuran duit 50 sen atau 20 sen mengikut pilihan. Bungkus dengan kertas mentega atau plastik yang telah disediakan kemudian simpan ke dalam freezer.


6. Buat sehingga habis adunan. Bekukan selama 5 jam atau semalaman ke dalam freezer. Selinder adunan boleh disimpan sehingga 1 minggu di dalam freezer.

7. Sediakan dulang pembakar beralas baking paper yang digris kemudian keluarkan satu selinder doh yang telah dibekukan. Panaskan oven pada suhu 165C sekurang-kurangnya 20 minit sebelum dimasukkan hirisan biskut untuk dibakar.
8. Hiris doh setebal 3-5 mm dengan menggunakan pisau tajam dengan cara menekan. Susun ke dalam dulang yang disediakan berjarak 1.5 – 2 inci supaya dapat mengembang.

9. Masukkan ke dalam oven yang sedang dipanaskan dan bakar selama 20 – 25 minit (mengikut oven masing-masing)


10. Kemudian keluarkan dari oven dan sejukkan sebentar sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara.

SELAMAT MENCUBA
Kredit: Zahirah Ahmad

INGIN DAPATKAN ACUAN KEK, BOLEH DAPATKAN DI SINI.

IKLAN