Resipi Akok Kedut Paling Mudah, Masak Guna Acuan Kuih Cara Je

Share

Akok merupakan kuih tradisi kegemaran orang Pantai Timur. Tapi ramai yang ‘gerun’ nak cuba buat sendiri kerana menganggap kuih ini susah dihasilkan.

Jangan risau. Kuih ni tak sesukar yang anda gambarkan. Menerusi perkongsian saudari Ain Niey, beliau telah menunjukkan cara mudah untuk membuat kuih Akok Kedut yang sedap hanya menggunakan acuan Kuih Cara dan masak guna dapur gas je.

Menarik kan? Tak perlu guna dapur arang dan sabut kelapa. Ikut cara ni lebih mudah dan sekejap sahaja cara memasaknya. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

CARA MASAK KUIH AKOK KEDUT HOMEMADE PALING MUDAH, GUNA ACUAN KUIH CARA

BAHAN A:

3 keping nise atau gula melaka saiz kecil beli online disini
1 cawan air
2 helai daun pandan – simpul

BAHAN B:

10 biji telur ayam gred A
1 cawan santan + 50ml air – empunya resipi guna santan kotak beli online disini
1/2 cawan tepung gandum beli online disini


1/2 sudu teh garam

CARA MEMASAK:

1. Satukan bahan-bahan A dan masak hingga gula melaka larut.

2. Tapis airnya dan keluarkan daun pandan. Sejukkan pada suhu bilik.

3. Kemudian satukan bahan-bahan B ke dalam blender.

4. Tambahkan juga air gula melaka yang telah disejukkan tadi. Kisar hingga sebati dan tidak berketul.

5. Ambil acuan kulih cara dan sapu sedikit minyak masak.

6. Tuang adunan kuih Akok tadi ke dalam acuan. Tutup guna penutup periuk yang sama saiz dengan acuan.

7. Bakar menggunakan dapur gas menggunakan api kecil hingga kuih masak. Bila Akok sudah kembang dan naik, bolehlah diangkat.

8. Sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: Ain Niey

 

INFO RASA: Jika tiada acuan Kuih Cara, boleh guna acuan muffin dan bakar dalam ketuhar.

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN