Resipi Aiskrim Durian Homemade. Lembut, Gebu & Sangat Sedap!

Share

Musim durian murah dan banyak ni, macam-macam boleh dihasilkan menggunakan raja buah ni. Salah satu yang anda boleh cuba ialah Aiskrim Durian. Lembut, sedap dan persis aiskrim yang dijual di pasaran tu. Rugi kalua tak cuba resipi perkongsian saudari Syu Islamiah ni. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

AISKRIM DURIAN HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan isi durian – letak lebih banyak, lagi sedap
  • 1 tin susu cair
  • 3 sudu makan susu pekat – kalau suka manis, boleh tambah
  • 1 sudu makan ovalette (pastikan yang halal) – kalau tak ada, boleh gantikan dengan 1 biji telur
  • Sedikit pewarna kuning

 

CARA PENYEDIAAN:

1. Satukan semua bahan dalam pengisar dan kisar hingga sebati dan hancur.

2. Kemudian pukul sekali lagi menggunakan mixer sehingga kembang.

3. Tuang adunan aiskrim ke dalam bekas versaiz 1.5 liter.

4. Bekukan dalam peti sejuk dan boleh dinikmati pada bila-bila masa.

Kredit resipi & foto: Syu Islamiah

IKLAN