Resipi Air Mocktail Padu! Confirm Berebut Bila Dihidangkan.

Share

Pencuci mulut yang manis berlemak dan buat orang ketagih bila minum ketika sejuk semestinya Air Mocktail! Pencuci mulut paling mudah nak disediakan dan semestinya menjadi kegilaan ramai. Resipi Air Mocktail padu ini telah dikongsikan oleh Hafidz Idris ada menggunakan satu bahan rahsia yang menjadikan Air Mocktail ini lagi padu. Jom cuba!

 

AIR MOCKTAIL PADU

BAHAN-BAHAN:

  • 1 tin buah campuran jenama (Hosen)
  • 1 tin laici
  • 1 kotak whippiing cream (250ml)
  • 1 tin susu cair (carnation)
  • 1 bekas nata de coco (saiz sederhana)

 

CARA PENYEDIAAN:

  1. Tapis dan buang semua air dalam tin ini. Airnya tak sedap, nanti jadi masam. Masukkan dalam jag.
  2. Tuang susu cair, saya memang guna jenama ini saja kalau nak buat air mocktail. Tuang habis. Nak banyak air letak dua tin.
  3. Masukkan whipping cream kotak kecil. Tuang semua satu kotak, ini penting. Kalau tak ada ini memang agak kurang kick.
  4. Susu pekat setangah tin. Kemanisan ikut cita rasa sendiri.
  5. Masukkan nata de coco. Masukkan airnya sekali. Saya guna semua.
  6. Masukkan laici, airnya tuang sedikit sahaja. Jangan letak semua tapi laici guna semuanya.
  7. Kacau sebati, letak ais dalam cawan, tuang air mocktail dan siap!

Sumber: Hafidz Idris

 

SELAMAT MENCUBA!

IKLAN