Lauk Acar ni ada pelbagai jenis. Ada Acar Ikan, Acar Daging, Acar Pisang, Acar Timun dan macam-macam lagi. Malah cara masak dan bahan-bahan pun sedikit berbeza ikut negeri. Bagi orang Kelantan, Acar Pisang Gala adalah antara menu orang dulu-dulu yang digemari hingga sekarang.
Acar Pisang Gala ni memang ‘berhantu’. Makin dihangatkan kuahnya, makin sedap rasanya. Nak cuba? Resipi perkongsian saudari Zira Tag ni antara yang sedap dan mudah. Malah ada juga campuran jantung pisang dan timun. Memang layan! Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK ACAR PISANG CAMPUR JANTUNG & TIMUN
BAHAN CELUR:
Pisang gala – kelar dan rendam dalam air garam semalaman ( untuk hilangkan getah)
Jantung pisang – belah kecil dan rendam dalam air garam semalaman ( untuk hilangkan getah)
Timun
BAHAN KISAR:
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Segenggam udang kering – beli online disini
Halia
4-5 sudu makan cili boh @ cili kering kisar – beli online disini
BAHAN LAIN:
1 kotak (250gm) santan – beli online disini
2-3 sudu makan cuka – beli online disini
4-5 biji bawang merah – kupas kulit sahaja
2 biji cili merah – belah dua
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
2. Kemudian masukkan bawang merah, gula, garam, aji ( jika suka), dan cuka.
3. Tumis sekejap kemudian masukkan santan dan air. Gaul rata dan biarkan mendidih.
4. Akhir sekali masukkan pisang, jantung, timun dan hirisan cili merah. Masak hingga lembut dan bahan-bahan tadi serasi dengan kuah.
5. Padam api dan sedia untuk dinikmati.
Sesekali nak juga rasa sarapan style western. Jom try buat sup cendawan. Sedap sangat sarapan dengan roti bawang putih bersama sup cendawan. Kalau nak puas makan, eloklah cuba buat sendiri. RASA kongsikan resipi sup cendawan yang mudah nak dibuat.
SUP CENDAWAN
.
BAHAN-BAHAN
2 cawan air
2 ulas bwg putih (dicencang halus)
8 biji cendawan butang (dicencang kecil)
1 kiub stock ayam
2 sudu besar tepung jagung (bancuh dgn sikit air)
300 ml susu cair atau susu segar
Garam
Sedikit serbuk lada hitam
Daun parsli atau oregano (tak ada pun tak apa)
CARA MEMBUAT
1. Didihkan air dan masukkan bawang putih, cendawan butang dan stock ayam.
2. Masukkan larutan tepung jagung. Kacau. Kemudian masukkan susu cair atau susu segar.
3. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.
4. Sebelum tutup api, masukkan daun parsli atau oregano. Siap.
Bila makan di restoran Mamak, hidangan Peria Goreng Crispy pastinya antara yang wajib diambil dan dinikmati. Tak lengkap tanpanya. Nikmati pula bersama nasi dan kari, waduh, memang enak tak terkata.
Bagi anda yang nak cuba saudari Sheena Supramaniam ada kongsikan resipinya. Lihatlah masakannya tu Nampak sangat sedap. Rupanya mudah je nak masak Peria Goreng Crispy ni.
Bahan-bahannya tidak banyak. Malah memang sedia ada di rumah. Istimewanya beliau juga kongsikan tip supaya peria ni kekal rangup sampai ke malam. Wow… Bolehlah cuba kan? Jom lihat cara-caranya.
CARA MEMASAK:
1.Ambil peria dan hiris nipis. Kemudian cuci dan rendam dalam air garam selama 20 minit. Kemudian bilas lagi sekali.
2.Letak dalam mangkuk dan masukkan garam dengan secukupnya. Kacau sebati.
3. Kemudian masukkan serbuk kunyit, serbuk cili, serbuk lada putih dan jintan manis. Gaul sebati sekali lagi. Biarkan selama 30 minit.
4. Bila cukup masa, masukkan tepung jagung dan juga tepung beras. Gaul hingga semu bahan bersalut rata.
5.Panaskan minyak masak yang banyak dalam kuali. Biarkan hingga minyak betul-betul panas.
6.Bila minyak sudah benar-benar panas, tukar api kepada sederhana besar dan masukkan peria. Ini adalah tip untuk dapatkan peria yang betul-betul rangup dan tahan lama.
7. Bila sudah masak, angkat dan toskan minyaknya.
8.Sejukkan peria terlebih dhulu sebelum dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.
NOTA:Pastikan peria betul-betul sejuk baru disimpan dalam bekas. Boleh tahan rangup sampai malam. Jangan simpan peri yang masih panas waima suam sekalipun. Nanti ia akan jadi lemau.
Jangan buang kulit tembikai, boleh buat sayur tumis kulit tembikai! Mungkin ada yang tak tahu bahagian putih antara isi dan kulit hijau sebenarnya boleh dimasak jadi lauk kampung yang sangat sedap.
Sayur tumis kulit tembikai ini lembut, manis, rangup dan menyerap rasa tumisan dengan sempurna. Bila dihidang bersama ikan goreng dan sambal belacan, memang padu habis. Kalau belum pernah rasa, wajib cuba sekurang-kurangnya sekali.
Resipi Sayur Tumis Kulit Tembikai
Bahan-bahan
Isi putih kulit tembikai secukupnya (buang bahagian kulit hijau keras)
3 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
Sedikit lada hitam
Segenggam ikan bilis
Daun sup secukupnya (untuk hiasan)
Minyak masak
Air secukupnya
Cara Penyediaan
Kupas kulit tembikai dan ambil bahagian putih sahaja. Potong ikut saiz yang disukai.
Tumbuk bawang putih, bawang merah, lada hitam dan ikan bilis hingga lumat.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk hingga garing dan wangi.
Tuangkan sedikit air dan biarkan mendidih sekejap.
Masukkan kulit tembikai dan biar mereneh hingga lembut.
Untuk tahu dah masak, tekan dengan sudu kalau lembut dan mudah belah, itu tanda sudah cukup masak.
Tutup api, tabur daun sup sebelum dihidang. Siap!
Tip makin sedap
Kalau nak rasa lebih pedas, boleh tambah cili padi tumbuk bersama bahan tumis.
Untuk aroma lebih wangi, tumis sedikit udang kering bersama bahan tumbuk.
Boleh juga tambah sedikit sos tiram untuk rasa yang lebih lemak.
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!