Resepi Susu Pekat Manis Homemade. Mudah Sangat Nak Buat! Rasa Dia Macam Yang Beli Di Kedai.

Share

RESEPI SUSU PEKAT MANIS HOMEMADE

BAHAN-BAHAN (sukatan cawan & gram)

  • 1 cawan / 100gm susu tepung
  • 2/3 cawan / 125 gula halus (gula biasa pun boleh)
  • 1/3 cawan / 60ml air suam
  • 1/4 cawan margerin ( lebih kurang 1 sudu makan sukat membukit)

CARA MEMASAK:

1. Dalam blender, masukkan air suam dahulu.

2. Kemudian masukkan bahan-bahan yang lain.

3. Kisar halus hingga creamy / berkrim. ( kacau dgn sudu sekali sekala). Jika rasa kepekatan kurang, boleh aje tambah sedikit susu tepung.

4. Sedia untuk digunakan. Anda juga boleh simpan dalam bekas kedap udara kemudian simpan dalam peti ais.

 

Kredit resipi & gambar: ALeen Aireish

IKLAN