Resepi Sotong Goreng Telur Masin Semudah ABC

Share

Sedapnya Sotong Goreng Telur Masin @ Salted Egg Squid ni. Memang sangat enak dimakan bersama nasi putih. Malah jika kuahnya lebih cair, sesuai dicicah bersama roti atau Mantao. Hidangan begini jika dinikmati di restoran makanan laut, harga pastinya sangat mahal. Untuk lebih jimat, anda boleh hasilkan sendiri di rumah. Yang paling penting, guna sotong segar untuk rasa lebih enak. Jom cuba resipi perkongsian saudara Wan LuQman ni. Pasti puas hati.

 

CARA MASAK SOTONG GORENG TELUR MASIN / SALTED EGG SQUID

BAHAN-BAHAN:


2 ekor sotong
2 biji telur masin beli online disini
1 cawan susu cair beli online disini
3 biji cili padi – hiris beli online disini
3 ulas bawang putih – cincang beli online disini
2 tangkai daun kari – hiris  beli online disini
Serbuk pati ayam dan gula secukupnya beli online disini
5 sudu tepung gandum beli online disini
1 sudu tepung goreng serbaguna / tepung kfc beli online disini
2 sudu baking powder beli online disini
2 sudu makan mentega beli online disini
2 sudu makan minyak masak beli online disini

CARA MEMASAK: 

1. Telur masin direbus dan dihancurkan terlebih dahulu.


2. Untuk memastikan sotong bersalut elok, harus buat ‘gam’nya terlebih dahulu. Caranya ialah masukkan tepung gandum ke dalam bekas sotong dan sedikit air. Gaul hingga bersalut dan pastikan pekat. Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung kfc dan baking powder.


3. Gaul sotong ke dalam tepung satu persatu dan ketepikan.


4. Panaskan minyak dan masukkan kepingan sotong satu persatu.


5. Tip minyak goreng kekal bersih, setiap 2-3 kali trip goreng, bersihkan minyak dengan ceduk buang habuk-habuk tepung yang mendap didasar kuali. Barulah serbuk hitam tidak melekat pada sotong bila diangkat nanti.


6. Sotong yang siap digoreng. Ketepikan seketika.


7. Seterusnya, cairkan 2 sudu makan mentega dan 2 sudu makan minyak masak.


8. Masukkang bawang putih, cili padi dan daun kari. Tumis sekejap tapi jangan sampai garing pula.


9. Kemudian masukkan telur masin yang telah dilenyek tadi.


10. Tuangkan juga susu cair.


11. Tambahkan serbuk pati ayam dan juga gula dengan secukupnya. Kacau rata.


12. Bila kuah telah siap, tuang ke atas sotong yang digoreng tadi.


13. Sotong Goreng Telur Masin @ Salted Egg Squid sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Wan LuQman

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN