Resepi Kuah Pekat Udang Galah Masak Jintan Memang Terbaik

Share

 

Selain di bakar udang galah sedap juga  dimasak berkuah tapi ringkas utnuk menjaga rasa manis udang. Udang galah merupakan sejenis udang air tawar yang terdapat di sungai atau tasik. Harga udang galah boleh lebih RM60 sekilo mengikut gred bergantung pada kualiti dan kesegaran udang tersebut

 

UDANG GALAH MASAK JINTAN

BAHAN-BAHAN

  • 3 ekor udang galah
  • 3 ulas bawang merah |kisar
  • 2 ulas bawang putih |kisar
  • 2.5cm kunyit hidup |kisar
  • 2 batang serai |kisar
  • 10 batang cili padi
  • 40 gm nanas |potong kecil
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 500ml santan
  • Garam secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi dalam periuk. Apabila pecah minyak, masukan jintan manis. Gaul sebati.
  2. Masukkan sedikit air, udang dan nanas yang telah dipotong kecil. Kacau sebati.
  3. Apabila mendidih, masukkan santan dan garam secukup rasa.Biar mereneh seketika.
  4. Angkat dan sedia dihidangkan.

 

INFO CHEF: Enak dimakan bersama nasi putih. 

 

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:

http://www.rasa.my/puas-masak-sendiri-nasi-goreng-sotong-belacan-ikan-bilis-pedas-menyengit/

IKLAN