Resepi Crab Rangoon Viral Tiktok. Cemilan Sedap, Mudah Dibuat

Share

Pernah cuba Crab Rangoon yang viral di aplikasi Tiktok? Jika belum, anda harus cuba. Memang sangat sedap dan sesuai dijadikan snek dan kudapan keluarga. Resipi asal menggunakan kulit wantan segera yang boleh diperolehi di pasaraya. Tetapi jika tiada dan susah nak dapatkan kulit wantan tu, boleh je buat doh Rangoon sendiri menggunakan resipi yang dikongsi oleh saudari Siti Hazneza binti Abdul Hamid. Memang sangat berbaloi. Jom cuba!

 

CARA MEMBUAT CRAB RANGOON YANG SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN KULIT: ( jika guna kulit wantan segera, abaikan bahan ini)
2 cawan tepung gandum beli online disini
4 sudu makan marjerin beli online disini


Air secukup untuk jadikan doh

CARA MEMBUAT:
1.Ramas marjerin dengan tepung sampai jadi peroi.
2. Tambah air sedikit demi sedikit sampai jadi doh.
3. Ketepikan doh. Nak bagi rehat dalam peti sejuk pun boleh.

 

BAHAN-BAHAN INTI:
1 cawan isi ketam (boleh guna isi ketam tiruan @ crabstick) 
1 cawan krim keju / cream cheese 
¼ cawan daun sup + daun bawang (ikut selera)
Garam secukup rasa
Lada hitam secukupnya beli online disini
1 biji telur – jika suka

CARA MEMBUAT:
1. Satukan semua bahan dan gaul sehingga sekata.
2. Jika nak jadikan lebihan inti ini sebagai salad untuk dimakan terus atau diletakkan pada sandwich / croissant, tidak perlu letak telur.

CARA MEMASAK CRAB RANGOON:
1. Ambil doh yang telah direhatkan tadi. Canai doh dengan ketebalan yang tidak terlalu tebal dan nipis. Sedang-sedang sahaja.


2. Ukur atau potong doh menjadi empat segi sama 2 x 2 inci.


3. Ambil inti dan letak 1 sudu teh di atas kepingan doh tadi.


4. Balut dan kelim. Caranya ialah mula-mula, temukan bucu bertentangan.


5. Kemudian temukan bucu kedua yang bertentangan.


6. Kelim bahagian tepi-tepi supaya kemas dan tidak terbuka.


7. Uncang Crab Rangoon yang siap

dikelim.


8. Ulang langkah yang sama hingga habis adunan doh dan inti.


9. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sehingga garing.


10. Angkat, toskan minyak dan hidang dengan sos cili atau sos Thai. Satu adunan ini akan dapat 45 biji Crab Rangoon.


11. Rangup di luar, lembut dan berkrim di dalam. Memang sedap!

 

INFO: Isi ni jika lebih, simpan dalam peti sejuk dan boleh dimakan dengan cara membuat:

  • Popia Vietnam (guna rice paper) lapis dengan daun salad.
  • Lettuce cup. Letak atas butter lettuce dan hidang.
  • Letak dalam croissant untuk buat sandwich.

 

Kredit resipi & foto: Siti Hazneza binti Abdul Hamid

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN