Makan

Resepi Brownies Sedap & Tahan Lama. 2 Minggu Letak Luar Peti Ais Pun Elok Lagi

Share

Brownies antara menu yang boleh dibuat oleh kaum ibu bila anak-anak ada di rumah ketika cuti sekolah ini. Walaupun dah ada nasi dan lauk pauk, menu manisan begini pun memang kena ada.

Lagi pun brownies antara hidangan yang senang untuk dimasak. Malah kalau ikut resipi perkongsian  Imah Halimah

 

Resipi brownies sedap dan tahan lama

Bahan A

– 80gm unsalted butter
-200gm dark compound coklat (Beryl’s)

Bahan B

1/2 cawan gula kastor(kurangkn 1sb)
1/2 cawan gula perang (kurangkn 1sb)
1sk esen vanila

2 biji telur (saiz A)
1sk coklat emulco

Bahan C

1/2 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan serbuk koko(kurangkn 1/2 sb)

Nota: Loyang 6 inci

 

Cara membuat

  1. Double boil bahan A.

2. Dalam bekas lain, satukan bahan B. Kacau guna hand whisk atau senduk sahaja. Gaul sekadar rata, jangan terlebih gaul ya

3. Campurkan bahan C ke dalam bahan B dan gaul sebati.

4. Masukkan bahan A ke dalam adunan tadi

5. Alaskn loyang 6 inci dengan parchment/baking paper. Lebihkan kertas  supaya mudah nak keluarkan brownies apabila sudah masak.

6. Panaskan oven dahulu. Bakar suhu 170″c api atas bawah 40minit atau bersesuaian dengan oven masing-masing.

7. Bila brownies dah agak suam, boleh keluarkan dari loyang dan potong.

 

Nota: Brownies  ini tahan selama 2 minggu pada suhu bilik. Tak perlu simpan dalam peti ais. Boleh letak di luar tapi pastikan bertutup. 

Sumber: Imah Halimah

 

IKLAN