Resepi Asam Pedas Ikan Cencaru Paling Mudah Masak

Share

Bagi pencinta sajian Asam Pedas, menu Asam Pedas Ikan Cencaru ini harus anda cuba. Mudah dimasak, sedap dan membuka selera. Tentunya sangat menepati cita rasa masing-masing. Saudari Elvianna El-Zahra ada kongsikan resipinya. Jom cuba!

 

CARA MASAK ASAM PEDAS IKAN CENCARU PALING MUDAH & SEDAP

BAHAN-BAHAN ASAM PEDAS:
8 ekor ikan cencaru
2 kuntum bunga kantan
Daun kesum
6-7 batang bendi
1 biji tomato (belah 4)
2 batang serai
Air asam jawa (bancuhan 2 sudu makan asam jawa) beli online disini

BAHAN KISAR:
2 senduk besar cili kering kisar beli online disini
1 sudu teh lada hitam beli online disini
1 sudu teh halba beli online disini
Sedikit belacan (optional) beli online disini
4 biji bawang merah  beli online disini
6 ulas bawang putih beli online disini
1 inci halia
1 inci kunyit hidup

 

Dapatkan KHIND MULTIFUNCTION ELECTRIC SKILLET dengan HARGA DISKAUN DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!

 

CARA MEMASAK:

1.Tumis bahan kisar hingga pecah minyak dan sehingga warna sedikit gelap. Minyak mesti sedikit banyak agar cili betul-betul masak dan garing.


2. Masukkan bunga kantan, serai, dan daun kesum.


3. Kacau hingga minyak berkurang dan warna jadi gelap sikit. Ia bermaksud cili sudah garing dan masak.


4. Masukkan air asam jawa dan tambah sedikit air ke dalam bekas air asam jawa tadi dan masukkan ke dalam periuk ikut kuantiti kuah banyak mana yang kita nak

.


5. Masukkan bendi dan hirisan tomato.


6. Biarkan sehingga bendi separa masak.


7. Setelah bendi separa masak, masukkan ikan. Biarkn sehingga ikan masak. Rasa hingga semua perasa cukup dan kena dengan selera. Asam pedas sedia untuk dihidangkan.

Kredit resipi & foto: Elvianna El-Zahra

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

IKLAN