Rendang Daging Sempoi, Masak Macam Ni Lebih Sedap & Ramai Suka

Share

Rendang Daging sempoi memang digemari ramai. Tidak perlu tunggu musim perayaan, hari biasa pun boleh masak hidangan enak ini untuk sajian keluarga.
Bagi yang mulakan perniagaan, resipi ini sangatlah sesuai kerana ia tidak susah dan hanya menggunakan bahan-bahan yang ringkas sahaja.
Sukatan resipi perkongsian saudari Suriana Mohd ni adalah untuk sukatan 4 kg daging. Sukatan yang sesuai untuk musim perayaan dan juga untuk diniagakan. Jika anda nak masak dalam jumlah yang kurang atau lebih dari yang diberikan, hanya perlu bahagikan sahaja sukatan. Sangat sempoi. Jom cuba! Anda sekeluarga pasti suka.

RESIPI RENDANG DAGING SEMPOI

BAHAN-BAHAN:
4 kg daging
2 sudu makan rempah kari beli online disini
Air secukupnya
½ ketul gula kabung beli online disini
500ml santan kotak – beli online disini

1 kotak air
500gm kerisik beli online disini
Garam & serbuk perasa secukupnya
Daun kunyit
Daun limau purut
BAHAN-BAHAN KISAR:
20 biji bawang merah
1 labu bawang putih
4 inci halia
3 inci lengkuas
3 inci kunyit hidup @ 2 sudu serbuk kunyit
20 batang serai
30 tangkai cili kering – guna cili api pon boleh beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak masak dan tumis bahan-bahan kisar sampai pecah minyak.
2.Masukkan rempah kari dan sedikit air. Tumis lagi sampai pecah minyak.
3. Masukkan daging dan juga air. Masak sampai daging lembut dan kering.
4. Seterusnya masukkan gula kabung, masukkan santan dan juga 1 kotak air (sukat guna kotak santan)

5. Tambahkan juga kerisik, garam dan perasa dengan secukupnya. Reneh sampai kering.
6. Tabur daun kunyit dan daun limau. Gaul seketika hingga layu. Angkat.
7. Rendang Daging sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Suriana Mohd

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN