Rendang Daging Rempah Hitam Makan Tak Pernah Jemu

Share

Rendang tanpa santan bagaikan tidak lengkap. Tetapi menariknya resepi turun temurun keluarga Dania 😍 Simple tidak menggunakan santan. Berkali makan pun tidak menjemukan. Boleh ikut setiap langkah resepi dengan baik. In shaa Allah hasilnya sangat menyelerakan.

Resepi untuk 1kg daging . Potong daging kecil-kecil.

Kelapa parut 1 biji , goreng tanpa minyak sehingga garing.

 

Masukkan kicap ke dalam air dan masak daging di dalamnya , sampai lembut . Kicap manis saya guna Cap kipas Udang .

Rempah:
~Bunga Cengkih 10~15biji
~ 1 Sudu Kecil Jitan Putih
~ 1 sudu kecil Jitan Manis
~ 6~7 Batang Kayu Manis 
~ 8~10 Bji Bunga Lawang
Goreng tanpa minyak . Kemudian  tumbuk-tumbuk sikit , dan kidar semua sekali jangan tinggal satu pun sehingga lah halus macam serbuk . Kalau tak nak buat mcm ni , guna serbuk terus pun ok . Tapi goreng dulu.

Bahan A :

~ Halia 4 inch
~ Cili kering dalam 2 genggam (20~25biji)
~ Bawang Putih 8 biji
~ Bawang merah (kecil) 16 biji

Kisar semua sekali.

Letak tiga sudu minyak , Goreng bahan A sehingga naik minyak dan wangi . Kemudian , tabur rempah ke dalam Bahan A . Kacau hingga sebati

Masuukan semua daging dulu.

Kemudian, tambah 2 ~ 3 cawan Air Kicap tadi … Sbb nak Kuah2 dia

Masukkan gula dan garam sesedap rasa . Gaul sebati sampai hampir kering.

Dah gaul sebati kan semua tdi ? hampir kering ? OK cantik, masukkan kepala parut goreng 1 biji tadi ke dalam rendang . Gaul-gaul sampai kering dan puas hati …

SIAP !!! RESEPI TURUN TEMURUN , RENDANG DAGING REMPAH ITAM …..

MUDAH DAN LAZAT ! MARVELLOUS!! �

Credit : Nur Dania Izzati Binti Sedek Shah
#mahn

#ResepiDania

IKLAN