Rendang Ayam Resipi Bonda Kegemaran Ramai

Share

Tidak kira sama ada rendang ayam mahupun daging pasti ramai yang menggemarinya. Lauk ini dibuat banyak dan boleh disimpan dan sejukbeku. Selain makan dengan nasi boleh juga dimakan dengan pulut dan juga roti. Jom cuba rendang ayam resipi oleh Datin Shida ini.

Rendang Ayam Resipi Bonda

Bahan-bahan:-

Seekor ayam dipotong 16 dan dibersihkan

Bahan-bahan kisar:-


30 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
6 batang serai
3 inci halia
3 inci lengkuas
150gm cili kisar
3 biji buah keras

Bahan tumis
Bunga lawang
Kayu manis
Buah pelaga
1 helai daun kunyit
1 batang serai (diketuk)

1 ketul gula kabung (optional)
5 sudu makan kerisik
1 kg santan

Garam secukup rasa
1 helai daun kunyit dihiris halus

Minyak untuk menumis

Cara memasak:-

1.Sediakan kuali, panaskan minyak

2.Masukkan bahan-bahan tumis sehingga naik bau

3.Masukkan bahan-bahan kisar kacau sehingga naik bau

4.Masukkan cili kisar  dan kacau sebati sehingga pecah minyak

5.Masukkan ayam dan  kacau sebati

6.Masukkan santan dan gula kabung , kacau sebati

7.Masukkan kerisik dan rempah rendang

8.Kacau sehingga rendang separuh kering (slow cook) dan masukkan daun kunyit yang telah dihiris halus

9. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa.

RESIPI BONUS

Rempah Rendang :-

Lada hitam
Jintan manis
Jintan putih
Bunga cengkih
Ketumbar

1.Cuci semua bahan-bahan di atas dan jemur sehingga kering. Selepas itu sangai tanpa minyak
2.Kisar sehingga halus

*Rempah ini boleh disimpan didalam chiller sebagai stok untuk perasa sup & masakan-masakan lain.

SELAMAT MENCUBA!

Resipi Ikhlas dari Datin Shida Yusoff
@missdessertparlour

Jom klik sini untuk tengok BLENDER BARU.

https://www.rasa.my/idea-menu-berasaskan-pes-sambal/

IKLAN