Rendang Ayam Mudah & Ringkas,Tak Pandai Masak Pun Gerenti Jadi.

Share

Rendang sajian warisan berzaman memang disukai rakyat Malaysia. Lain orang lain resipi rendang yang diwarisinya. Tapi resipi warisan dari Zaky Mat Ali ini memang mudah diikuti.

Walaupun ringkas tapi memang sedap dan mengekalkan keaslian rasa rendangnya tetap terpelihara. Masak rendang tak payah tunggu raya pun. Kata Zaky resipinya ini,“Orang tak pernah memasak seumur hidup pun boleh cuba buat ikut resipi ini, hehehe.”

RENDANG AYAM



.

BAHAN-BAHAN :

  • 1 ekor ayam
  • 2 cawan santan – beli  online DI SINI
  • 2 sudu kerisik
  • 2 asam keping – beli online DI SINI
  • 1 helai daun kunyit diracik halus
  • 3 helai daun limau purut di hiris kasar
  • minyak untuk menumis
  • garam & gula secukup rasa

Bahan-bahan dikisar :

  • 20 biji cili kering -beli online DI SINI
  • 2 biji bawang besar
  • 4 biji bawang merah – beli online DI SINI
  • 9 ulas bawang putih – beli online DI SINI
  • 4 batang serai
  • 3 inci kunyit hidup -beli online DI SINI
  • 3 inci halia -beli online DI SINI
  • 3 inci lengkuas


.


.

CARA MEMASAK :
1. Tumis bahan dikisar hingga naik bau dan pecah minyak.


.

2. Masukkan santan dan ayam. Gaul rata.


.

3. Masukkan kerisik dan kacau rata. Masukkan garam gula.


.

4. Bila kuah dah pekat, masukkan daun kunyit dan daun limau purut.


.

5. Gaul rata dan siap.


.

Kredit foto & resipi : Zaky Mat Ali

 

INGIN MEMBELI KUALI ANTI MELEKAT, JOM BELI DI SINI

JOM TONTON LEBIH BANYAK LAGI VIDEO MASAKAN DI YOU TUBE@ Majalahrasaofficial

DAN RESIPI-RESIPI MENARIK NI :

 

IKLAN