Apabila menyebut tentang tempat berbuka puasa, biasanya orang kita akan tertumpu pada restoran atau hotel yang menyediakan hidangan buffet.
Kali ini, apa kata kita cuba konsep berbuka puasa di kafe yang berkonsepkan suasana di Paris. Pasti menarik kan!
Kafe Farine & Sucre yang diusahakan 2 beradik iaitu Farah Syuhada dan Farra Sofea ini, terletak di Seksyen 7, Shah Alam, berani untuk mencuba sesuatu yang baru dalam menghidangkan juadah sempena Ramadan ini.
Bermula dengan harga dari RM50 untuk setiap set hidangan yang disediakan, anda boleh memilih Set Asian dan Set Western.
Antara menu Asian yang disediakan adalah Nasi Beriyani Daging Hitam, Nasi Beryani Ayam Merah, dan Nasi Minyak Ayam Masak Merah, Dalca Sayur dan Acar Timun Nenas.
Manakala menu barat pula, Grilled Chicken Spaghetti, Beef Lasagna, Prawn Spaghetti with Chicken dan Grilled Chicken Macaroni.
Apa yang menariknya, anda pasti rambang mata memilih pelbagai menu pastri yang ada di sini. Antaranya Macarons yang dibawa khas dari Perancis, Pavlova dan Peach Strudels.
Tidak ketinggalan, pelbagai pilihan pastri termasuk French baguette yang dihidangkan bersama 3 jenis sos, French Onion, Cheese Chives dan Sun Dried Tomato selain 3 jenis Pai iaitu Pai Ayam Cendawan, Pai Daging dan Turkey Quiche.
Minuman istimewa yang sering menjadi pilihan pengunjung di sini pula adalah Biscoff Latte, Ferrero Rocher Latte dan 2 daripada 4 jenis minuman penyegar iaitu Snow White’s Nightmare dan Pocahontas Journey.
Minuman penyegar atau refreshers ini cukup unik kerana ia diolah berkonsepkan nama watak puteri-puteri Disney.
Oh ya, kalau anda bercadang untuk berbuka puasa di sini, anda dinasihatkan untuk membuat tempahan terlebih dahulu bagi memudahkan urusan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI