
Malaysia kini melangkah ke tahun ke-68 sebagai sebuah negara yang aman dan maju. Dalam kepelbagaian budaya, bahasa dan bangsa, ada satu perkara yang sentiasa menyatukan kita; makanan. Ya, dari nasi lemak ke char kuey teow, dari laksa ke roti canai, makanan bukan sekadar pengisi perut, tetapi jalinan rasa yang membentuk jati diri kita sebagai rakyat Malaysia. Tambahan pula kepelbagaian jenis makanan dari pelbagai kaum Malaysia. Semua memang padu rasanya.
Di Resorts World Genting (RWG), pengalaman rasa ini diraikan dengan penuh kebersamaan dan menyatu rasa kita sebagai rakyat Malaysia.
Nikmati Hidangan Menarik di Tanah Tinggi Sepuasnya Dari Pagi Hingga Malam
Buat para pengunjung Muslim. RWG kini mempunyai antara ruang makan halal terbesar di tanah tinggi Malaysia, dengan pelbagai pilihan lazat, asli dan menyelerakan. Dan jika ke sini tak sah kalau tak melayan selera di beberapa port makan paling direkomen iaitu di Jom Makan Street Food; Pilihan santai yang sesuai untuk seisi keluarga. Jom Makan SkyAvenue; Ruang makan Halal terbesar di puncak dan Jom Makan Awana di Resorts World Awana (RWA); Berlokasi di pertengahan bukit untuk kemudahan tetamu Muslim.
Jika dah di atas, cuba lah nikmati antara sajian Halal yang wajib cuba iaitu Rendang Tok, Gulai Ikan Tongkol, Mi Goreng Mamak, Ipoh Hor Fun, Roti Ayam Kari Lotus, Nasi Lemak Kunyit dan Laksa Johor pekat berperisa.
Tak kisah waktu sarapan, makan tengah hari atau makan malam, ada saja menu Halal penuh rasa yang memikat hati.
6 Sajian Eksklusif Merdeka: Menambat Hati Dan Selera
Bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, RWG membawakan 6 hidangan eksklusif bertaraf lima bintang yang hanya boleh dinikmati di Park Avenue Lounge, dari 29 Ogos hingga 16 September 2025.
Apa yang menjadikan hidangan ini Istimewa ya? Kalau nak tahu, ia diinspirasikan dari resipi tradisi pelbagai negeri dan lebih padu lagi, disediakan oleh finalis terbaik Genting Culinary Classic 2025 – termasuk Cef veteran berusia 80 tahun dan seorang cef kelainan upaya yang membuktikan semangat tiada sempadan.
Kalau nak rasa kehebatan hidangan Malaysia memang di sini lah paling tepat. Cuba lah rasa 6 sajian istimewa yang dicipta khas sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. Setiap menu bukan sekadar makanan, tapi lambang warisan, kasih sayang dan identiti rakyat Malaysia. Dari Pantai Timur ke Sabah, dari rasa tradisi ke kreativiti moden, semuanya dihidang dengan penuh bangga dan dijamin Halal. Jom kita raikan rasa bersama, satu suapan pada satu masa.
Tengok hidangan pun dah tahu keenakannya memang berbeza daripada lain.
- Mi Tauhu Tawau, rasa lemak kuah Sabah yang menyegarkan
- Nasi Ulam Utara bersama Ikan Bakar & Sambal Kelapa, gabungan Perak & Kelantan yang memikat
- Ikan Siakap Stim Kapitan Ala Peranakan Nyonya, rempah nyonya, aroma serai, air tangan cef kelainan upaya yang istimewa
- Mi Siam Nyonya Pulau Pinang, Nostalgia rasa Cef veteran penuh kenangan
- Nasi Lemak, pilihan sarapan No.1 di RWG buat bertahun lama
- Patin Tempoyak, pekat, lemak, padu – rasa ‘homecooked’ yang mewah






Disediakan khas, bukan calang-calang, eksklusif, terhad dan penuh rasa sayang. Walaupun makan di tempat tinggi, rasanya tetap macam air tangan mak. Sangat dekat di hati! Dan kami tahu, sajian Nasi Lemak tentunya hidangan yang dicari kerana ia adalah wajib ada tatkala nak menjamu selera. Sedap sampai teringat-ingat.
Bukan sekadar makan, ini tentang ‘merasai’ Malaysia. Di Resorts World Genting. Anda bukan sekadar menjamu selera tetapi turut menyambut erti kebersamaan. Meraikan makanan tempatan yang kita banggakan. Dan paling utama, menikmati sajian halal yang dijamin bersih, selamat dan berbaloi.
Datanglah ke tanah tinggi, Raikan Rasa Kita di Park Avenue Lounge, SkyAvenue dari 29 Ogos – 16 September 2025, sepanjang hari. Sambil berhibur bersama keluarga sambil itu kita nikmati hidangan paling sempurna di tanah tinggi ini nanti. Tak risau dah nak makan apa.
Apa tunggu lagi? Jom ke Resorts World Genting dan nikmati pengalaman rasa Halal yang tak akan anda lupakan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI