Rasa Tak Puas Makan Burger Prosperity Di Mekdi? Jom Buat Sendiri

Share

Kadang-kadang bila sampai teringin ni, tak boleh nak kata apa. Terliur pula dengan burger prosperity Macdonald.

Jadi, apa kata kita buat sendiri saja? Menerusi perkongsian daripada Mohamad Arymin, mudah saja nak buat rupanya.

 

RESIPI BURGER PROSPERITY

BAHAN DAGING BURGER

1kg daging kisar (saya pakai jenama Ramly)
8 sudu makan serbuk roti – beli online DI SINI
1 biji bawang holland | dicincang – beli online DI SINI
1 sudu makan blackpepper | kisar kering – beli online DI SINI
Garam dan maggi cukup rasa secukupnya
*Nak tambah telur, Italian herbs dan lain-lain pun boleh. Ikut citarasa sendiri

TONTON Dapur Rasa Live: Roti Pintal Kurma 

TONTON Minit Ekspress Special Bersama MAGGI®:  Sambal Tumis Sardin 

BAHAN SOS BLACKPEPPER

50 gm serbuk Demi Glace
1 biji bawang merah | hiris halus – beli online DI SINI


2 sudu makan marjerin/mentega – beli online DI SINI
2 sudu makan serbuk blackpepper – beli online DI SINI
500 ml air
3 sudu makan sos cili – beli online DI SINI
1 sudu makan brown sugar/gula melaka – beli online DI SINI
Perasa secukupnya

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

BAHAN LAIN:

Roti
Salad
Tomato
Kentang goreng

CARA-CARA:

1. Cincang bawang seperti dalam gambar. Boleh tengok di YouTube cara cincang yang betul dan cepat. Kalau tak suka, boleh kisar dengan sedikit air.


2. Masukkan daging dalam mangkuk dan letak bawang, blackpepper, serbuk roti dan perasa. Nak tukar serbuk roti tu dan pakai tepung pun boleh. Nak tambah telur, Italian herbs pun boleh. Ikut selesa masing masing ye.


3. Gaul sampai sebati. Pakai tangan je gaul. Jangan lupa buang cincin dan aksesori lain, kang ada benda asing pulak dalam daging burger tu nanti.


4. Timbang 100gm setiap satu, dapatlah 10 keping.


5. Kemudian, bentukkan daging tadi secara memanjang. Jangan tebal sangat, nanti bahagian tengah tak masak. Ukurannya biarlah panjang sedikit berbanding roti ni. Sebab bila dah goreng nanti, ia akan mengecut sedikit.


6. Goreng dengan sedikit marjerin/mentega.

Tengok rupa daging tu, boleh la kan. Menjadi jugak. Masak dalam 3-4 minit je, lepas tu terbalikkan daging tu.


7. Dah siap goreng semuanya. Yang di tangan ni yang paling cantik sekali bentuknya.


8. Roti ni belah dua, kemudian sapu sedikit marjerin dan masak dalam 1 minit. Bagi garing sikit.


9. Demi glace ni serbuk khas untuk korang buat brown sauce

. Saya guna jenama Knorr. Dari brown sauce tu nanti, boleh jadi blackpepper sauce, mushroom sauce dan bombay sauce.


10. Masukkan marjerin dalam kuali yang dah dipanaskan. Masukkan bawang yang dah dihiris. Tumis sampai agak garing.


11. Bancuh 50gm serbuk demi glace tu dengan 500ml air. Guna air biasa je, kalau air panas nanti serbuk tu jadi berketul ketul, tak larut.


12. Tuangkan bancuhan tu dalam kuali. Kacau perlahan. Masukkan blackpepper dan sos cili.


13. Masukkan perasa secukupnya. Saya suka tambah gula perang dalam sos blackpepper. Kalau tiada gula perang, gula melaka pun jadi la. Biasanya kalau buat bolognese, mesti saya akan tambah. Ini rahsianya, jangan beritahu orang lain tau.


14. Untuk tahu sama ada sos ni dah cukup pekat atau tak, korang boleh buat macam dalam gambar. Gariskan guna jari je. Kalau sos tu terbelah macam ni, maknanya dan cukup pekat la tu. Orang French panggil dah “Nappe”. Tak terlalu pekat, tak terlalu cair.


15. Lepas tu celup daging dalam sos blackpepper ni. Bagi rasanya lagi menyerap dan sebati. Kemudian, hidanglah dengan kentang goreng, jus oren dan sayuran.

Kredit resipi: Mohamad Arymin

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN