Teringat masakan mak? Rasa Mak Ajar Masak, program masakan istimewa akan membawa anda mengimbau memori Ramadan menerusi resipi tradisi keluarga yang dikongsi oleh selebriti tanah air bersama mak atau anak mereka. Masakan paling sedap adalah hidangan yang mak kita masak.

Oleh itu, Rasa Mak Ajar Masak tampil dengan pelbagai resipi menarik untuk anda cuba. Program masakan sebanyak 22 episod berdurasi 30 minit ini akan disiarkan bermula 11 Mac 2023, setiap Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam di saluran ASTRO RIA.

Jenama BABA’S telah sinonim dengan rempah ratus berkualiti premium, serbuk kari yang benar-benar vegetarian, tepung dan pracampuran sejak 46 tahun yang lalu.  Hari ini, sebagai jenama rempah ratus utama Malaysia, popularitinya telah melangkaui sempadan budaya dan masakan yang wujud dalam masyarakat berbilang budaya dan etnik Malaysia. Setiap produk dalam rangkaian BABA’S diperbuat hanya daripada bahan-bahan berkualiti tinggi yang sesuai untuk pengguna Vegetarian dan sama sekali tidak mengandungi bahan-bahan yang berasal dari daging atau makanan laut.

aasame to the future of building with WordPress.