
Festival Budaya Malaysia (FBM) 2025 yang berlangsung selama lima hari di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur telah melabuhkan tirainya dengan penuh gemilang. Antara acara yang paling mencuri tumpuan sepanjang festival berlangsung adalah RASA Layan Curry Fiesta anjuran Majalah RASA, Nu Ideaktiv Sdn Bhd dengan kerjasama Jabatan Warisan Negara dan Kenduri Kari Malaysia 68 dibawakan khas oleh TUMIX®.
KENDURI KARI MALAYSIA 68 SIMBOLIK 68 TAHUN KEMERDEKAAN
Kenduri Kari Malaysia 68 adalah acara yang menjadi simbolik kepada sambutan 68 tahun kemerdekaan negara. Mengangkat tema kenduri kari terbaik dan rare in town, acara ini menampilkan 12 jenis sajian kari ikonik dari seluruh Malaysia yang dimasak oleh chef-chef hebat dari Royale Chulan Hotels and Resorts, Shah Alam Convention Centre (SACC), Tamu Hotel & Suites dan Zai Sri Gemilang Catering.
Royale Chulan Hotels & Resorts menampilkan tiga sajian istimewa menggunakan TUMIX® Perencah Pati Ayam dan TUMIX® Perencah Pati Ikan Bilis, iaitu Kari Daging Umbut Pisang (Royale Chulan Kuala Lumpur), Kari Daging Tanpa Santan (Royale Chulan Damansara) serta Gulai Pisang Muda & Ikan Masin Tumis Darat (Royale Chulan Seremban).
Shah Alam Convention Centre (SACC) pula menghidangkan Kari Pisang Muda (kari warisan), Mee Kari Nyonya dan Kuih Cara Berlauk Kari Daging.
Zai Sri Gemilang Catering menyajikan pilihan Kari Kepala Ikan (kari warisan), Kari Parpu Daging Tetel serta Ayam Goreng Berempah.
Manakala Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur membawa kelainan dengan menyajikan Kari Ayam Kapitan (kari warisan), Kari Tujuh Lautan (signature dish Tamu) dan Dalca Kari Sayur.
Antara yang mencuri perhatian ialah hidangan Kari Daging Umbut Pisang, yang telah digazetkan sebagai Kari Warisan Kebangsaan dan dimasak secara live oleh Chef Hasmady dari Royale Chulan Kuala Lumpur menggunakan TUMIX® Perencah Pati Ayam.
Sepanjang acara berlangsung, sebanyak 2,400 pek kari pelbagai rasa diagihkan secara percuma kepada para pengunjung. Dari awal pagi lagi khemah agihan kari ni diserbu pengunjung yang teruja untuk menikmati juadah kari warisan negara.
KEHADIRAN TETAMU VIP MEMERIAHKAN SUASANA
Pada sebelah petang, khemah Kenduri Kari Malaysia 68 turut menerima kunjungan istimewa daripada Menteri Pelancongan, Seni & Budaya Malaysia, YB Dato Sri Tiong King Sing. Kehadiran beliau diiringi oleh Encik Lokman Affandy, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, Cik Ng Yee Boon, Ketua Bahagian Pemasaran AJINOMOTO (MALAYSIA) BERHAD serta Dr. Eyo Leng Yan, Pengarah Bahagian Warisan Tidak Ketara, Jabatan Warisan Negara.
Kunjungan ini merupakan satu penghormatan besar buat pihak penganjur. Lebih istimewa, majlis turut menyaksikan YB Menteri turun padang mengacau dan menyenduk kari dari periuk untuk diagihkan sendiri kepada para pengunjung dimana ia sebagai simbolik semangat kebersamaan yang menjadi tunjang utama acara ini.
AKTIVITI MENARIK DI BOOTH AJINOMOTO (MALAYSIA) BERHAD
Selain kemeriahan di Kenduri Kari Malaysia 68, para pengunjung turut berpeluang menikmati pelbagai aktiviti menarik di booth AJINOMOTO (MALAYSIA) BERHAD sepanjang festival berlangsung. Antaranya ialah food sampling yang menawarkan sajian-sajian enak yang dimasak panas seperti Kari Ayam Tanpa Santan yang dimasak menggunakan TUMIX®, Nasi Goreng Kampung dan Sup Tomyam yang dimasak menggunakan perencah dari SERI-AJI®.
Selain itu, terdapat juga kemudahan stesen air percuma yang menyediakan Limeade menyegarkan buat semua pengunjung. Limeade ini dibancuh menggunakan “AJINOMOTO” Lime Seasoning Powder, iaitu produk terbaru dari AJINOMOTO (MALAYSIA) BERHAD.
Malah ada juga jualan istimewa MERDEKA BUNDLE SET yang didatangkan bersama hadiah eksklusif Merdeka Plate yang diberikan secara percuma.
FESTIVAL BUDAYA MALAYSIA 2025 TARIK LEBIH 300,000 PENGUNJUNG
Secara keseluruhan, Festival Budaya Malaysia 2025 yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghimpunkan 93 aktiviti seni, budaya dan warisan berjaya menarik kehadiran seramai 309,646 pengunjung sekaligus membuktikan sokongan padu masyarakat terhadap usaha pemeliharaan budaya negara.
Festival ini juga mencatat tiga rekod Malaysia Book of Records dan penyertaan antarabangsa yang membanggakan dengan penglibatan negara-negara ASEAN serta Jepun, Korea, Afghanistan, Somalia, Sri Lanka dan India dalam pelbagai acara bertaraf antarabangsa. Dari sudut ekonomi, lebih 299 peniaga tempatan mendapat peluang menjana pendapatan dengan nilai perbelanjaan pengunjung dianggarkan mencecah RM23 juta sepanjang festival.
RASA Layan Curry Fiesta bersama Kenduri Kari Malaysia 68 jelas menjadi antara acara kemuncak festival kali ini. Kerjasama erat antara Majalah RASA, NU Ideaktiv, Jabatan Warisan Negara dan TUMIX® telah membawakan pengalaman kulinari yang bukan sahaja mengenyangkan, malah membangkitkan rasa bangga terhadap warisan gastronomi negara.
Terima kasih kepada TUMIX® kerana menjadi penaja dan menjayakan acara ini. Semoga kerjasama ini akan berterusan pada tahun-tahun mendatang, demi meraikan dan mengangkat martabat masakan warisan Malaysia ke peringkat lebih tinggi.
Tak berkesempatan nak berkunjung ke booth Kenduri Kari Malaysia 68 dan rasa keenakan kari yang chef masak? Tak mengapa. Masak je sendiri guna resipi di bawah ni. Selamat mencuba!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI