Rangup Di Luar Lembut Di Dalam, Resipi Mudah Honey Butter Biscuits

Share

Buat sesiapa yang pernah makan biskut honey butter di restoran Texas Chicken, pasti tahu bagaimana rangup dan sedapnya biskut ini.

Baunya yang harum dan rasa yang lemak manis, membuatkan sesiapa saja jatuh cinta.

Menerusi perkongsian resipi daripada Mazah Dollah, bahan-bahan yang digunakan mudah didapati dan senang untuk membuatnya.

 

RESIPI CARA BUAT HONEY BUTTER BISCUITS ALA TEXAS CHICKEN

 

BAHAN-BAHAN:

*2 ½ cawan tepung self raising –

beli online di sini
*40gm gula (manis ikut suka) – beli online di sini
*115gm mentega Lurpak yang sejuk
100g susu segar
40g whipping cream
1 sudu besar cuka – beli online di sini

TONTON Dapur Rasa Live:  Spageti Sos Rendang  

TONTON Dapur Rasa Live:  Mango Baked Cheesecake  

UNTUK SAPUAN:

30g mentega | cairkan – beli online DI SINI
30g madu – beli online di sini

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

CARA-CARA:

1. Mula-mula, campurkan dahulu susu segar, whipping cream dan cuka di dalam satu bekas. Kacau sekejap. Ketepikan.
2. Satu semua bahan bertanda (*)

. Gaulkan semua bahan sehingga menjadi breadcrumbs.


3. Masukkan susu yang sudah dicampur cuka tadi.
4. Uli sehingga doh tak melekat dekat tangan. Uli manja-manja je tau.

[KLIK DI SINI SERTAI PERADUAN MAGGI RASA]

5. Bentukkan menggunakan sudu/scop atau bentukkan ikut suka.
6. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 20 minit.


7. Lepas masak, sapukan cairan mentega dan madu. Kemudian masukkan kembali ke dalam ketuhar dan bakar selama 5 minit menggunakan suhu 190° C, guna api atas sahaja.
8. Siap dibakar, sapu mentega sahaja untuk nampak lagi berkilat.

Kredit resipi: Mazah Dollah

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN