Rangup Berlemak, Olah Resipi Tempe Mendoan Jadi Favourite Keluarga

Share

Bila hujan perut sentiasa lapar, anak-anak cuti sekolah. Dan bila macam ni, ibu mesti akan sediakan kudapan-kudapan enak buat hidangan sekeluarga.

Resipi tempe mendoan yang dikongsikan Siti Zanariah Khalit ini, diperoleh dari Youtube. Teringin mencuba tapi masa tu banyak bahan yang tiada.

Maka Siti Zanariah olah dengan menggunakan apa yang ada di rumah. Tak sangka suami dan anak-anak suka. Rangup berlemak. Sekali makan tak nak berhenti. Boleh ketagih.

Resipi asal tiada cili flake, tapi Siti Zanariah tambah supaya ada rasa pedas. Kalau tiada cili flake, boleh gantikan dengan cili padi tumbuk.

Nak lagi sedap? Makan dengan sambal kicap, mantap! Sekiranya ada baki adunan tepung boleh digunakan untuk menggoreng tauhu atau ikan.

 

TEMPE MENDOAN

BAHAN-BAHAN:

Tempe secukupnya (saya guna yang dalam plastik. Potong nipis)

BAHAN SALUTAN:

1 ⅓ cawan tepung gandum – beli online di sini
¼ cawan tepung beras – beli online di sini
1 biji bawang merah* – beli online di sini


3 ulas bawang putih* – beli online di sini
½ inci kunyit*
½ sudu teh jintan manis*
½ sudu teh jintan putih*
Garam
Serbuk perasa


Cili flake
Hirisan daun sup
1 ⅓ cawan air

CARA MEMBUAT:

1. Tumbuk bahan bertanda *.

2. Satukan tepung, bahan tumbuk, garam, serbuk perasa, cili flake dan air. Gaul rata. Kemudian masukkan daun sup.

3. Celup tempe yang sudah dipotong nipis ke dalam adunan tepung. Goreng dengan api sederhana.

Kredit resipi: Siti Zanariah Khalit

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN