Rambut Gugur? Ini Makanan Untuk ‘Mahkota’ Yang Sihat & Kuat Walaupun Anda Bertudung!

Share

Masalah rambut gugur semestinya menghantui wanita. Buka sahaja tudung, pasti ada helaian yang jatuh ke lantai. Lama kelamaan naik rimas dibuatnya. Kadang-kala rambut gugur ni termasuk ke dalam masakan yang kita masak. Haih..bayangkan kalau masa tu masak untuk tetamu. Malunya!

Menurut pakar, masalah rambut gugur ni berpunca dari beberapa faktor. Antaranya ialah tekanan atau stress, penggunaan produk rambut yang mempunyai bahan kimia berlebihan, folikel rambut tersekat, kekurangan zat dan vitamin, anemia, perubahan hormon, faktor genetik, melahirkan anak dan banyak lagi.

Untuk mengatasinya, ada pelbagai cara serta langkah yang boleh dicuba. Salah satunya ialah menerusi pengambilan makanan yang berkhasiat serta bagus untuk rambut. Pengambilan sumber-sumber makanan ini boleh membantu menguatkan akar dan struktur rambut serta menjadikannya lebih cantik. Sangat sesuai diamalkan oleh wanita-wanita yang berhijab.

MAKANAN UNTUK RAMBUT YANG KUAT & SIHAT

 

1. SALMON

  • Salmon adalah sumber makanan terbaik untuk rambut. Ia mengandungi protein dan Vitamin D. Malah salmon juga ada asid lemak omega-3 yang bagus untuk menyihatkan kulit kepala, menyuburkan serta melembapkan rambut.

2. YOGURT

foto: healthyfoodbuzz.wordpress.com
  • Yogurt tinggi kandungan protein yang membantu pertumbuhan sel-sel akar rambut. Malah ia turut mengandungi Vitamin B5 yang melancarkan aliran darah ke kulit kepala, bantu pertumbuhan rambut dan mencegah rambut gugur.

3. DAGING

foto: onedaycart.com
  • Jika anda tiada masalah kesihatan, pengambilan daging juga boleh membantu membekalkan sumber protein untuk rambut. Malah ia juga mengandungi Vitamin B, zat besi, zink dan sumber mineral lain yang bagus untuk tubuh.

4. SAYURAN HIJAU

  • Aneka sayuran hijau seperti bayam, salad, sawi, brokoli dan lain-lain berupaya membantu mencegah rambut rapuh dan mudah rosak. Ini kerana sayuran hijau kaya dengan vitamin A, zat besi, beta karotena, folate dan vitamin C.

5. LOBAK MERAH

  • Selain bagus untuk mata, lobak merah juga memberikan manfaat kepada rambut. Ia mengandungi Vitamin A yang sangat bagus untuk kesihatan rambut dimana ia membantu dalam pembentukan sebum pada kulit kepala. Sebum adalah elemen penting untuk menstabilkan lembapan kulit kepala.

6. TELUR

foto: homenaturalcures.com
  • Telur membekalkan sumber protin dan vitamin B iaitu biotin untuk rambut sihat. Kekurangan protin dan vitamin B akan menyebabkan rambut gugur. Biotin juga membantu menguatkan kuku agar tidak rapuh.

7. TIRAM

foto: manettas.com.au
  • Tiram merupakan makanan tinggi zink. Salah satu faktor masalah rambut gugur adalah akibat kekurangan zink. Sumber ini sangat penting dalam pembinaan sel-sel badan termasuklah rambut. Oleh itu amalkan pengambilan tiram untuk menguatkan rambut.

8. UBI KELEDEK

foto: thespruce.com
  • Murah tapi banyak manfaat. Keledek kaya dengan beta-carotene yang membantu mengelakkan rambut kusam dan mengalakkan peredaran oksigen pada folikel rambut.
IKLAN