Sebut saja nama Noor Neelofa Mohd Noor, pasti terbayang dimata anda ikon anak muda yang berjaya dari segenap segi tidak kira bidang seni mahupun perniagaan yang dijalankan. Kejayaan yang dicapainya menerusi perniagaan Naelofar Hijab ternyata bukan calang-calang.

Menerusinya, Neelofa telah tersenarai antara 300 individu dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017. Ia adalah senarai yang menghimpunkan penginovasi muda, usahawan dan peneraju yang membawa impak besar kepada dunia hari ini.

https://www.instagram.com/p/BZ-AenLlM40/?taken-by=neelofa

Terbaharu, syarikat penerbangan tambang murah AirAsia melantik Neelofa sebagai pengarah bebas bukan eksekutifnya yang baru. Hebat! Satu pencapaian yang sangat membanggakan buat anak muda seusianya!

https://www.instagram.com/p/BcciDVeFbNb/?taken-by=neelofa

IKLAN

Disebalik kejayaan selebriti terkenal ini, rupanya Lofa juga ada seorang kakak; Nellisa Mohd Noor yang juga terlibat dalam perniagaan.Menerusi laman instagramnya, Nellisa aktif menjalankan perniagaan katering yang beroperasi di Kota Kinabalu, Sabah. Wow!

https://www.instagram.com/p/BQp7fSGlncI/?taken-by=neelofa

Lihatlah tempahan-tempahan yang pernah disediakan. Semua nampak sedap! Ternyata wanita kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang ini memang berbakat dan pandai memasak. Nasi Kerabu, Nasi Berlauk, Nasi Khaomok, Nasi Ayam dan banyak lagi adalah antara menu yang disediakan untuk para pelanggannya. Malah setiap tempahan dibuka untuk food delivery, memang banyak respond yang diterima. Cayalah!!!

IKLAN

Oleh itu bagi yang tinggal di Kota Kinabalu dan nak dapatkan perkhidmatan katering, bolehlah cuba ya. Jom layan antara menu-menu yang Nellisa Catering tawarkan. 

https://www.instagram.com/p/BbVb7ScAg1C/?taken-by=nellisamohdnoor

https://www.instagram.com/p/BbZlIBsg22a/?taken-by=nellisamohdnoor

IKLAN

https://www.instagram.com/p/BZtW8wmgMnv/?taken-by=nellisamohdnoor

https://www.instagram.com/p/BZP1f2VAIuA/?taken-by=nellisamohdnoor

https://www.instagram.com/p/Ba5MR1dAgb6/?taken-by=nellisamohdnoor

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI