Rahsia Pulut Tanak Cantik Berkilat, Basuh 3-4 Kali Lepas Itu Masak Guna Periuk Nasi

Share

Selalu bila kita tengok Pulut nampak cantik berkilat rasa ingin tahu macam mana hendak dapat pulut begitu bukan? Sebenarnya ada cara untuk mendapatkan tekstur pulut sebegitu. Boleh ikut cara seperti yang dikongsikan  oleh Siti Asrien Mohd Hassan Menurut wanita ini, sudah setahun lebih dia guna tip dan cara ini untuk tanak pulut. Buat tapai pun senang. Tak perlu kukus. Memang jadi!

TIP DAN CARA TANAK PULUT GUNA PERIUK NASI

1. Basuh beras bersama sedikit garam.

2. Untuk dapatkan kesan berkilat, basuh pulut 3- 4 kali basuhan.

3. Sukat air guna jari telunjuk, separuh dari line pertama jari. (jari di atas beras)

4. Lapik tutup periuk menggunakan kain/tuala kecil dengan kedap. Tidak boleh longgar. (supaya wap panas tidak keluar)

5. Tekan butang COOK dan tunggu sehingga masak dan bertukar ke WARM.

6. Jangan buka tudung periuk langsung sehingga masak, Insya Allah pulut cantik.

NOTA: Selepas WARM pun jangan terus buka tudung periuk. Biar 5-10 minit baru buka penutup. Ia bertujuan supaya pulut masak dengan wap panas.

Sumber kredit: Siti Asrien Mohd Hassan

 

BELI PERIUK NASI DI SINI

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN