Anda masih lagi minum teh tarik ? Minuman kesukaan rakyat Malaysia yang manis ini memang terbukti bukan minuman sihat terutama buat pesakit diabetes. Cubalah beralih kepada minuman teh hijau.
Minuman ini adalah minuman tradisi penduduk Jepun. Kandungan nutrisi yang terdapat dalam teh hijau dipercayai mempunyai banyak khasiat untuk badan. Patutlah rakyat Jepun suka sangat minuman ni dan tergolong dalam negara yang penduduk paling panjang umur.
Anda pun nak sihat? Jom lihat kebaikan-kebaikannya!
KHASIAT & MANFAAT TEH HIJAU
1. TINGGI ANTIOKSIDAN
foto : www.healthywomen.org
Teh hijau mengandungi polyphenos seperti flavonoids dan catechin yang berfungsi sebagai antioksidan yang kuat. Bahan ini boleh mengurangkan pembentukan radikal bebas dalam tubuh, melindungi kerosakan sel dan molekul. Seperti yang diketahui radikal bebas boleh menyebabkan pelbagai penyakit dan penuaan sebelum masa.
Satu sebatian yang paling ‘kuat’ adalah anti oksidant Epigallocatechin Gallate (EGCG) yang menjadi sebab mengapa teh ini mempunyai kesan ubatan. Teh hijau juga mengandung sedikit unsur mineral semulajadi yang bagus untuk kesihatan.
Ads
2. RANGSANG FUNGSI OTAK
foto : www.brian3weekdiet.com
Minum teh hijau boleh buat anda bijak ? Kalau nak tahu ia bukan sahaja membuat anda bermaya tetapi juga menjadi bijak. Ia mengandungi kafein, tetapi tidak sebanyak kopi. Kafein memang diakui adalah bahan perangsang minda. Meminumnya akan memberikan mood dan semangat kepada anda. Bukan sekadar kafein, teh hijau juga mengandungi asid amino L-theanine. Gabungan L-theanine dengan kafein berupaya meningkatkan fungsi otak.
3. GALAK PEMBAKARAN LEMAK
Jika anda perhatikan bahan kandungan suplimen menguruskan badan, sering ada bahan teh hijau di dalamnya. Ini adalah kerana teh hijau diyakini boleh meningkatkan pembakaran lemak dan meningkatkan paras metabolisma tubuh. Pun begitu kesannya adalah berbeza mengikut individu.
4. KURANGKAN RISIKO KANSER
foto : www.medicalnews.com
Amalan meminum teh hijau juga dikatakan boleh mengurangkan risiko kanser. Ini kerana kandungan antioksidannya yang tinggi. Antara kanser yang dikenal pasti boleh dikurangkan risikonya adalah kanser payu dara, prostat dan kolorektal (usus).
Mencampurkan susu ke dalam teh boleh mengurangkan kesan antioksidan pada teh. Sebaiknya, minum tanpa menambah bahan-bahan perasa lain untuk mendapat manfaat yang maksimum.
5. KURANGKAN RISIKO NYANYUK & PARKINSON
foto : www.russia-now.com
Teh hijau bukan sahaja memperbaiki dan meningkatkan fungsi otak dalam jangka masa pendek , tapi juga melindungi otak di masa tua. Penyakit alzheimer adalah penyakit ‘neurodegenerative’ (kesusutan neuro) yang boleh mengakibatkan ‘dementia’ nyanyuk.
Parkinson pula adalah penyakit jenis yang sama yang boleh menyebabkan kemusnahan ‘dopamine’ yang menghasilkan neuron di dalam otak. Kedua gangguan ‘neurodegenerative’ ini boleh dikurangkan risikonya dengan sebatian bio aktif yang ada dalam teh hijau.
Ads
6. BUNUH BAKTERIA DAN KUATKAN GIGI
foto : youtube.com
Kandungan cathechin di dalam teh hijau dikatakan boleh membunuh bakteria dan mengelakkan virus seperti influenza. Malah ia juga menghalang pertumbuhan bakteria yang dikaitkan dengan kaviti dan kerosakan gigi serta mengelakkan masalah mulut berbau.
7. MENGURANGKAN RISIKO DIABETES TAHAP II
foto :www.wellnesspathcare.com
Kajian mendapati teh hijau boleh memperbaiki sensitiviti insulin dan mengurangkan tahap gula di dalam darah. Kajian di Jepun mendapati peminum teh hijau yang kerap dapat mengurangkan 42% risiko menghadapi diabetes tahap II.
8. RENDAHKAN RISIKO PENYAKIT JANTUNG
Ads
foto : www.easyhealthoptions.com
Teh hijau berupaya meningkatkan keupayaan antioksidan di dalam darah yang melindungi partikel LDL kolestrol daripada oksidaksi dan juga mengurangkan tahap LDL kolestrol dalam darah. Ini boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.
9. MENURUNKAN BERAT BADAN DAN MENGURANGKAN RISIKO OBESITI
foto : www.digitaltrends.com
Jika anda nak menurunkan berat badan, amalkan minum teh hijau. Selain meningkatkan metabolisma, teh hijau juga mampu mengurangkan lemak terutamanya di bahagian abdomen. Wow! Untuk hasil yang lebih menakjubkan, jangan lupa bersenam dan kawal pemakanan. – FARIDAH TALIB
SUMBER RUJUKAN:www.healthline.com
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Goreng kacang tanah, dengar macam senangkan, tapi sebenarnya ia bukan senang yang pro pun kerap juga gagal, sebabnya menggoreng kacang ada tekniknya supaya ia tidak pahit atau liat sebab kurang masak. Nak tahu macam mana cara yang sempurna goreng kacang tanah, korang kena baca tip yang RASA kongsikan ini:-
Pilih Kacang Tanah Yang Elok
Ini penting, kualiti kacang yang elok mempunyai kulit ari yang terang dan saiz biji kacang adalah sama. Jangan beli kacang yang tak sama saiz, ia akan menyebabkan kacang tidak masak sekata bila digoreng.
Gunakan Minyak Banyak Semasa Menggoreng
Semasa menggoreng pastikan semua kacang tenggelam dalam minyak masak yang panas. Oleh itu korang perlu menggunakan minyak lebih banyak dari kacang. Seperkata lagi korang perlu sentiasa kacau supaya kacang masak sekata. Tidak ada istilah menyambil semasa menggoreng kacang tanah.
Angkat Kacang Sebelum Kacang Betul-Betul Masak
Perhatikan betul, bila kacang tanah yang digoreng bertukar warna kuning muda atau rasa hampir masak, segera angkat kerana ia akan betul-betul masak dan garing dalam beberapa saat semasa proses mengangkatnya. Jangan tunggu kulit kacang sudah berwarna kecoklatan atau masak sepenuhnya. Akibatnya kacang akan berasa sedikit pahit kerana terlalu ‘over cook’. Atau biarkan kacau dalam kuali walaupun api sudah ditutup. Kuali panas akan jadikan kacang anda hangus.
Rendam Dalam Air Mendidih
Jika korang ingin menggoreng tanpa kulit arinya, sebaiknya rendam kacang dalam air mendidih lebih kurang 10 minit supaya kulit arinya lembut dan senang dibuang. Kemudian tos sebelum sedia digoreng. Pastikan semua kulit ari dibuang, jika tidak ada sisa kulit ia akan cepat hangus dan menjadikannya pahit.
Guna Api Sederhana
Jika anda goreng kacang tanpa minyak (sangai) pastikan anda menggunakan api sederhana dan sentiasa kacau supaya kacang masak sekata. Cara ini agak lambat berbanding menggoreng menggunakan minyak.
Bertempat di kampus KDU University College, Utropolis Glenmarie, Shah Alam, Majlis Makanan Laut Norway memperkenalkan Akademi Sushi Global dengan matlamat memberi kemahiran membuat sushi.
Latihan dikendalikan oleh sifu sushi terkenal iaitu Hirotosshi Ogawa dari Jepun, latihan tersebut bertujuan mendidik para chef sushi mengenai seni tradisi pembuatan sushi dan pengendalian makanan laut mentah dengan bersih.
Kira-kira 30 orang chef sushi sekurang-kurangnya tiga tahun pengalaman bekerja mengambil bahagian dalam latihan tersebut. Latihan bukan hanya sekadar membuat sushi semata, ia meliputi keselamatan makanan dan kebersihan dalam pembuatan sushi serta pengendalian makanan laut, seni membuat nasi sushi, kemahirana trknikal untuk sashimi dan sushi, sejarah edomae sushi, Houchoutogi (penjagaan pisau Jepun), pembuatan sushi dan seni penyajian sushi.
Pada hari tersebut juga pihak media diberi peluang melalui pengalaman membuat sushi dengan tunjuk ajar oleh dia orang chef sushi Malaysia yang mendapat latihan di Akademi Sushi Global yang bertempat di Jepun. Kedua-dua chef telahpun memenangi Piala Dunia Sushi. Mereka ialah Chef Leon atau Yap Wee Leong (Juara Piala Sushi 2019) dan Chef Sky atau Tai Koon Siang (Piala Dunia 2018).
Malaysia sememangnya telah dikenali sebagai destinasi kulinari di Asia yang mempunyai ratusan makanan enak yang sentiasa mendapat perhatian dunia. Malah Malaysia juga telah dinamakan sebagai World Top Destination malah beberapa kali memenangi tempat pertama dalam pelbagai pertandingan peringkat antarabangsa.
Dan sekali lagi, Malaysia akan mengambil satu lonjakan besar dalam bidang kulinari dengan menjadi negara pertama sebagai tuan rumah pertandingan bertaraf dunia ini. Pertandingan memasak selama 4 hari ini akan diadakan dari 4 hingga 7 April di Movenpick Hotel & Convention Centre Sepang, Selangor. dihos dan dianjurkan oleh DRS PROEVENT dengan kerjasama CZ Restaurant Group, dengan sokongan Tourism Selangor.
Chef Zubir, Pengerusi WorldChef Battlefield Malaysia
WCB 2019, akan mencerminkan keadaan sebenar siri pertempuran kulinari di kalangan chef profesional dari seluruh dunia. Peserta dari Asia dan negara Afrika Mauritius akan bersaing untuk gelaran Juara Masters di Worldchef Battlefield 2019. Pertandingan ini turut disokong oleh Professional Culinaire Association (PCA) dan disahkan oleh World Association of Chefs Societies (WACS)
Lokasi pertandingan yang bakal menyaksikan pertemburan Chef-chef bertaraf dunia. – sumber worldchefbattlefield.com
Pertempuran bertaraf dunia ini akan memperlihatkan 16 pasukan dari empat chef. Masing-masing menyediakan hidangan masakan dan dinilai oleh sembilan juri dan 10 hakim lain menilai kemahiran chef di dapur.
WCB 2019, yang akan dirakamkan secara langsung dan disiarkan di negara-negara Asia, menawarkan hadiah wang tunai $ 12,000 (RM49,570) untuk pasukan juara.
Barisan ViP yang hadir dimajlis pelancaran rasmi. Dari kiri Encik Khairul Maharis (Movenpick) Chef Bob, Chef Zubir , YB Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik (Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan kebudayaan), Datin Riana (DRS) dan Puan Noorul Ashikin Mohd Din (Pengurus Besar Tourism Selangor)
Chef profesional dan hakim Masterchef Malaysia Chef Zubir Zain yang juga Pengerusi Workd Chef Battlefield Malaysia akan mengetuai pertandingan. Panel penghakiman pula akan diketuai oleh ketua hakim Otto Weibel dari Switzerland. Otto telah menghabiskan lebih dari 30 tahun kerjaya memasak di Singapura. Dia telah membantu di restoran ayahnya sejak berusia 10 tahun dan digelar Godfather dalam bidang kulinari Singapura.
Antara juri lain pula terdiri daripada profesional industri dari Malaysia, Jerman, Sweden, Hong Kong, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina.