Rahsia Masak Tomyam Secepat & Sesedap Di Kedai

Share

Mesti tertanya-tanya untuk dapatkan rasa tomyum sama seperti di kedai. Ini rahsia yang anda boleh ikut untuk dapat cukup rasa manis, masam, pedas dan kepekatan tomyum yang seimbang.

TOMYAM

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 Labu bawang Holland
  • 2 biji bawang putih- BELI ONLINE DI SINI
  • 1 batang serai
  • Tomyam paste Madam Pun
  • Tomyam paste Maepraenom
  • 3-4 cili padi
  • Lengkuas
  • 3-4 helai daun limau purut
  • Saleri
  • Cendawan enoki
  • Daun Ketumbar

INFO: Boleh tambah bahan-bahan kesukaan anda seperti sotong, isi ayam, daging, lobak merah, kubis bunga dan sebagainya.

CARA MEMASAK:

1. Bila air dah mula hendak mendidih,  rebus terus semua bahan-bahan rencah kecuali batang seleri, daun limau dan daun ketumbar.

2. Masukkan gula  dalam sesudu kecil.

3. Masukkan sedikit sos nampla

3. Masukkan satu sudu kecil tomyam paste Madam Pun

4. Satu sudu kecil tomyam paste Maepraenom ( letak lebih untuk rasa padu)

5. Kacau sekata dan rasa. Letak perasa ikut cita rasa anda.

6. Perahkan asam limau untuk rasa lebih masam.

7. Masukkan cendawan enoki atau apa-apa cendawan yang anda suka.

8. Beberapa helai daun limau purut

9. Sedikit chili flakes untuk rasa pedas yang lain dari biasa.

 

10. Akhir sekali daun ketumbar. Guna daun ketumbar thai , jangan guna yang cameron highland sebab bau tidak sewangi macam thai punya.

11. Tambahan kalau suka rasa yang berlemak, lepas tutup api masukkanlah susu cair atau santan.

KREDIT GAMBAR & RESIPI: WAN LUQMAN

INGIN MEMBELI KUALI NON-STICK? BOLEH BELI DI SINI.

Inginkan peralatan memasak yang baru?  Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini 

 

 

IKLAN