Rahsia Bihun Goreng Singapore Sedap, Tambahkan Udang Kering Didalamnya

Share

Korang suka makan Bihun Goreng Singapore? Mudah sangat nak membuatnya kalau korang yang pertama kali membuatnya pun pasti menjadi. Buat untuk buka nanti gerenti lah ramai suka. Rahsia nak bagi sedap, adalah udang kering. Sila cuba okey. Sebab senang sangattt!

Makan dengan sambal kicap tau. Adoi menambah-nambah jadinya.

RESIPI BIHUN GORENG SINGAPORE

BAHAN-BAHAN:

  • 3-4 biji bawang merah – kisar
  • 5-6 biji bawang putih – kisar
  • 1 sudu kecil lada hitam – kisar
  • 2 sudu makan udang kering – kisar
  • 2 inci halia – kisar
  • 1 mangkuk udang segar
  • 400gm bihun
  • Daun kucai dan cili merah -sebagai hiasan
  • MAGGI®️ CukupRasa
    secukupnya

 CARA MEMASAK:

  1. Kisar lumat bahan-bahan yang perlu dikisar tadi.
  2. Kopek kulit udang. Ketepikan.
  3. Rendam bihun hingga lembut (400gm)
  4. Kucai dipotong dalam 4cm.
  5. Tumis bahan kisar dengan minyak secukupnya sehingga jadi keemasan dan garing.
  6. Kemudian perasakan dengan MAGGI®️ CukupRasa.
  7. Masukkan udang. Gaul hingga udang masak.
  8. Seterusnya masukkan bihun yang sudah ditoskan airnya.
  9. Masukkan kucai dan serikan dengan cili merah. Gaul rata dan sedia untuk dihidangkan.

PETUA: Bihun Goreng Singapore ini enak dimakan bersama Sambal Kicap. Nikmati semasa masih panas untuk rasa yang lebih optimum.

 

Kredit foto: Unit Foto Nu Ideaktiv

IKLAN