Rahsia Besar Cara Masak Nasi Putih Sedap, Tukang Masak Kongsi Petua

Share

Bagi sesetengah orang, apalah sangat nak dibuat tentang masak nasi putih. Hanya sekadar nasi putih kan. Namun pernah terfikir tak, kenapa bila kita makan nasi putih di kedai, rasa lagi sedap?

Tapi bagi Ahmad Shukri Amiruddin, memasak nasi putih ini ada petuanya untuk bagi lagi sedap. Bukan masak begitu saja.

Menurutnya, inilah rahsia besar kedai-kedai makan dan para tukang masak bila masak nasi putih.

Selama 25 tahun saya belajar, bekerja, bergelumang dan mencari rezeki melalui perniagaan makanan. Malam ini saya akan bagi ilmu yang paling penting sekali dalam bidang masakan.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Saya nak kongsikan ‘ilmu pengasih’ yang digunakan oleh kebanyakan kedai-kedai nasi campur dan juga nasi lauk kenduri kawin. Kadang-kadang bila kita makan nasi di kedai memang sedap. Lepas tu orang kata kedai tu pakai jin, pakai bomoh, pakai hantu dan macam-macam lagi.

TONTON Dapur Rasa Live: Asam Pedas Ikan Kembung 

TONTON Dapur Rasa Live: Nasi Dagang Kelantan & Gulai Udang Diraja 

Perkongsian ilmu pangasih untuk anda. Anda boleh gunakan ilmu ini supaya suami anda lebih sayang sebab masak lagi sedap. Setiap kali masak nasi putih, bacalah Bismilah dan selawat

masa basuh beras. Ikutlah berapa kali nak dibaca.

Masa nak masak nasi, masukkan sedikit garam dan minyak dalam nasi yang nak dimasak. Masukkan daun pandan. Kena pandai agak-agak supaya tak terlalu masin dan berminyak. Sukatan air nasi adalah seperti biasa. Apa tujuannya?

[KLIK DI SINI SERTAI CHANNEL RASA]

Minyak berfungsi supaya nasi tidak melekat dan sentiasa berderai. Garam pula untuk bagi nasi putih ada ‘rasa’ bila kita makan begitu saja atau dengan lauk berkuah. Daun pandan supaya nasi wangi satu dapur bila dah mendidih.

Kalau masak nasi selain nasi putih: nasi tomato, nasi minyak dan lain-lain, ikutlah cara ini beserta masukkan 3 atau 4 ketul gula batu bertujuan mengilatkan nasi supaya lebih cantik.

Kredit petua: Ahmad Shukri Amiruddin

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN