Penantian penuh debaran selama tujuh minggu akhirnya sampai ke penghujung. Pada malam ini tuah ternyata milik Wan Nur Aqilah Shahirah Wan Lokman (Qila), gadis manis yang berasal dari Kelantan dan juga yang merupakan penuntut Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Penyiaran) dari UiTM yang telah dinobatkan sebagai juara sulung pencarian Ratu Hijabista.
Manakala naib juara pula telah dimenangi oleh Qistina Sofea Abdul Aziz (Tina) yang juga merupakan penuntut Ijazah Sarjana Muda Undang-Udang dari UiTM.
Selain gelaran juara dan naib juara, dua gelaran sampingan juga telah diberikan kepada peserta pilihan. Anugerah ‘Ratu Inspirasi Safi Hijabista’ telah diberikan kepada Nurfiyanti Afrina Roslan(Fiffy Afrina).
Ads
‘Ratu Favourite’ pula disandang oleh Shamellya Norazizi (Mellya). Pemilihan adalah berdasarkan undian awam di laman web rasmi www.hijabista.com.my
Ads
Juara ‘Ratu Hijabista’ membawa pulang wang tunai RM10,000, tiara, trofi dan selempang. Naib juara pula membawa pulang wang tunai RM5,000 beserta trofi dan selempang. Sementara itu, pemenang gelaran ‘Ratu Inspirasi Safi Hijabista’ pula memenangi wang tunai RM3,000 beserta trofi dan selempang. Manakala ‘Ratu Favourite’ pula menerima wang tunai RM1,000 beserta trofi dan selempang.
Kalau di Malaysia sebut sahaja ‘burger special’ akan teringat stall kecil yang banyak berniaga di tepi-tepi jalan di kawasan rumah dan mesti kita ada stall kegemaran. Mesti antara kita pernah memesan burger special daging atau ayam iaitu burger yang dibalut dengan telur.
“Bang saya nak burger daging…special ye”
“Ok! siap… satu burger daging special”
Tahukah anda? ‘burger special’ Malaysia sudah viral dan menjadi kegilaan penduduk New York. Burger yang hanya dijual tepi jalan sama seperti di Malaysia sudah menjadi sensasi kerana mereka sanggup beratur panjang untuk merasa sendiri kesedapannya. Hasil perkongsian INSIDER food menjadi viral di faceboon mendapat 31 000 likes setakat artikel ini ditulis.
https://instagram.com/p/BaWNNOzFCmC/
https://instagram.com/p/BXG2HSaFe-W/
Ini adalah usaha The Malaysian Project dalam mempromosi makanan ala Malaysia di New York. Burger special yang dijual menggunakan daging buatan sendiri dengan ramuan istimewa tapi mengekalkan ciri istimewa malaysia. Mungkin ia adalah perkara baru bagi orang di sana makan burger yang berbungkus dengan telur. Selain itu ada pelbagai hidangan lain yang turut dijual. Untuk pengetahuan semua makanan yang dijual The Malaysian Project tidak halal bagi yang beragama islam. Tetapi kita sebagai rakyat Malaysia memang berbanga atas pencapaian mereka dalam mempromosi makanan Malaysia di peringkat antarabangsa.
CookX Asia melancarkan CookX Studio ruang memasak yang lengkap dan sempurna buat content creator untuk menguji resipi dan merakam video resipi. Ini satu peluang yang istimewa untuk mereka menghasilkan resepi yang menarik dengan adanya ruang khusus sebegini.
“Pelancaran CookX Asia Studio merupakan langkah besar bagi kami, pencinta makanan dan content creator. Kami teruja untuk menyediakan ruang untuk mereka meneroka dan bereksperimen dengan resipi hasil kreativiti mereka. Begitu juga peralatan dan perkakas memasak profesional. peralatan rakaman dan pencahayaan membantu mereka mencipta content yang menakjubkan untuk pengguna pada platform CookX Asia kami.” kongsi Mia Wong, Ketua Pegawai Produk, CookX Asia.
Terletak di Eve Suites @Ara Damansara, studio seluas 2,400 kaki persegi itu dilengkapi sepenuhnya dengan kelengkapan yang diperlukan untuk memasak termasuk ; dua set kabinet dapur, pasangan kaunter reka bentuk premium, island mudah alih dan lain-lain keperluan memasak serta dilengkapi peralatan memasak, KHIND. Kerja jadi lebih mudah dengan bantuan canggih ini.
Selain itu, bertepatan dengan musim perayaan yang bakal tiba, kempen ini menyaksikan pengenalan tiga resipi ringkas yang lazat untuk pengguna apps. Setiap satu daripada resipi ini merangkumi pembuka selera, hidangan utama dan pencuci mulut iaitu Classic Fluffy Mashed Potatoes, Tuna Pasta Frittata Omelette dan Homemade Spiced Apple Crumble.
CookX Asia Studio dirasmikan oleh duta jenama, Chef Marina Mustafa dan Joshua Benedict. Media yang dijemput turut menyertai cooking demo sempena Krismas dengan menu istimewa dan baharu ciptaan Chef Marina iaitu Tuna Pasta Frittata Omelette, hidangan ringkas namun menyelerakan sempurna menjelang cuti sekolah dan Krismas nanti.Dikongsikan resipi membuat Tuna Pasta Frittata Omelette.
Tuna Pasta Frittata Omelet Hidangan -4 orang Masa penyediaan – 15 minit Masa memasak – 25 minit
Bahan-bahan: 2 sudu besar mentega 1 sudu besar minyak zaitun 1 biji bawang besar, dicincang 1 ulas bawang putih, ditumbuk 1 tin (160gm) ketulan cili tuna 2 sudu besar tomato dicincang 125g pasta (makaroni/penne), direbus 6 biji telur 1 sudu besar susu 1 sudu kecil garam 1 sudu kecil lada hitam yang dikisar ½ cawan keju cheddar parut ½ cawan keju mozzarella 1 sudu kecil parsli kering- cincang Cara memasak: 1. Cairkan mentega dan minyak dalam kuali tidak melekat yang dipanaskan. Tumiskan bawang besar, bawang putih hingga layu dan lembut. Masukkan tuna dan tomato cincang. 2. Dalam mangkuk besar, pukul telur, susu, garam dan lada sulah bersama-sama. Masukkan pasta rebus yang telah disejukkan, keju cheddar,mozarella dan parsli sehingga sebati. 3. Tuangkan campuran telur dan pasta ke dalam kuali. Kacau sebentar dengan api besar sehingga telur dadar separuh siap. Kemudian kecilkan api. Tutup kuali dengan tudung dan masak dengan api kecil selama 10 minit. 4. Balikkan frittata dan masak sebelah lagi sehingga perang keemasan. Biarkan seketika selama 5 minit dalam kuali sebelum dipotong untuk dihidangkan bersama salad.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tahun Baru Cina bakal tiba. Pastinya ada di antara anda yang sudah merancang untuk pulang ke kampung dan ada juga yang merancang untuk pergi bercuti. Sebelum anda merancang perjalanan, pastikan kenderaan berada dalam keadaan yang baik dan selamat dengan melakukan pemeriksaan di PUSPAKOM.
Untuk pengetahuan anda, PUSPAKOM telah melancarkan kempen Pemeriksaan Kenderaan Sukarela Secara Percuma sempena Tahun Baru Cina dan anda turut berpeluang memenangi hadiah sepanjang tempoh kempen, bermula hari ini hingga 20 Januari 2023.
Dengan tanda pagar #drivesafenoregrets, PUSPAKOM ingin mengingatkan orang ramai khususnya pemilik kenderaan persendirian yang ingin pulang ke kampung untuk menyambut Tahun Baru Cina supaya memastikan kenderaan mereka berada di tahap kondisi yang terbaik sebelum memulakan perjalanan.
Orang ramai boleh mendapatkan Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela atau dengan nama singkatan VVI (Voluntary Vehicle Inspection) secara percuma ini di mana-mana cawangan PUSPAKOM seluruh negara (kecuali cawangan Taman Bukit Maluri, Shah Alam dan Pasir Gudang) dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dengan membuat janji temu di www.mypuspakom.com.my atau aplikasi mudah alih MyPUSPAKOM.
Demi kemudahan orang ramai, PUSPAKOM turut mengerah Unit Pemeriksaan Bergerak bagi menawarkan pemeriksaan kenderaan percuma kepada orang ramai di beberapa lokasi terpilih seperti berikut:
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Mohammed Shukor Ismail, ”Kempen VVI percuma ini bertujuan membantu orang ramai mendapat maklumat tentang kondisi kenderaan mereka melalui pemeriksaan kenderaan menggunakan peralatan berkomputer supaya mereka dapat melakukan penyelenggaraan yang sewajarnya sebelum pulang ke kampung halaman sempena Tahun Baharu Cina”.
”PUSPAKOM amat menitikberatkan kepentingan keselamatan kenderaan dan menjadikan pemeriksaan kenderaan percuma ini sebagai tanggungjawab korporat kami sebagai badan pemeriksaan kenderaan yang dilantik kerajaan. PUSPAKOM juga berhasrat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap aspek keselamatan kenderaan melalui pemeriksaan terutamanya ketika musim perayaan yang kebanyakan pemilik kenderaan melakukan perjalanan jauh”, ujar Shukor.
”Berlainan dengan pemeriksaan kenderaan yang ditawarkan oleh sesetengah syarikat. VVI PUSPAKOM melibatkan 25 item pemeriksaan yang menggunakan alatan berkomputer yang dikalibrasi setaraf dengan alatan yang digunakan oleh negara maju seperti Perancis, Belgium dan Sepanyol yang mengikut standard piawaian antarabangsa. Pemeriksaan ini lebih tertumpu kepada aspek keselamatan iaitu melibatkan pemeriksaan brek, gelincir sisi, tayar, suspensi, asap, lampu, bawah dan atas kenderaan, cermin gelap dan lain-lain lagi”, kata Shukor lagi.
Untuk maklumat lanjut dengan Pemeriksaan Kenderaan Sukarela Secara Percuma ini dan cara memenangi hadiah, sila layari Facebook PUSPAKOM Sdn Bhd.
Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026 mencipta sejarah apabila 16,000 pek bubur lambuk berjaya diagihkan di Dataran Merdeka, sekali gus menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records.