Putu Perak, Kuih Lejen Yang Tetap Diminati Hingga Kini

Share

Semakin lama semakin agak sukar untuk bertemu dengan kuih putu perak. Ini diakui sendiri oleh empunya resipi iaitu Riesha Liena.

“Putu perak ini antara kuih kegemaran saya. Tapi putu perak ni semakin susah nak jumpa di tempat saya. Kalau nak makan, masa balik sampung di Perak saja yang ada. Itu pun di pasar pagi saja. Teringin sangat punya pasal, dah bertahun-tahun tak makan, hari ini saya buat sendiri putu perak,” katanya.

Katanya, putu perak selalunya menggunakan kain kasa. Namun, tiada kain kasa, dia hanya menggunakan daun pisang.

PUTU PERAK

BAHAN-BAHAN
4 cawan tepung beras
1 cawan tepung pulut
1 cawan air suam
1 cwn gula halus ( gula diblander )
1sk garam (saya guna sudu kfc kecik tu jer)

BAHAN INTI PUTU
Kelapa parut (putih sahaja)
Garam secukupnya

– Satukan kelapa dan garam. Gaul sebati.

CARA MEMBUAT
1. Dalam bekas besar, satukan tepung beras, tepung pulut dan garam. Gaul semuanya supaya sebati.
2. Kemudian masukkan air secara sedikit demi sedikiti. Ramas-ramaskan sehingga berketul-ketul.


3. Pastikan tepung peroi dan bukan lembap. Kita akan tapiskan tepung itu.
4. Apabila tepung sudah nampak peroi, masukkan sikit dalam penapis. Tonyoh dengan jari supaya tepung boleh ditapis.


5. Siap ditapis, masukkan gula. Gaul rata. Kemudian tapis sekali lagi.
6. Masukkan adunan dalam acuan. Jangan ditekan. Masukkan sahaja. Mula-mula masukkan separuh dahulu. Kemudian letakkan inti kelapa. Kemudian masukkan adunan lagi sehingga penuh. Ratakan atasnya dan letak daun pisang. Terlangkupkan dalam kukusan.


7. Ulang langkah 6 sehingga habis adunan.
8. Kukuskan putu selama 10 minit.

TIP
– Kalau ketika masukkan adunan tepung itu kita tekan, putu akan jadi padat.
– Kesannya, putu susah untuk dikeluarkan daripada acuan.
– Air kukusan jangan terlalu banyak. Isi air kukusan sedikit sahaja supaya air tidak menitis atas putu.
– Pastikan air kukusan betul-betul mendidih, baru masukkan putu.

Selamat mencuba!

Sumber: Riesha Liena

IKLAN