Durian memang sinonim dengan citarasa asia. Sebelum ini viral dengan aiskrim durian tetapi rupanya kita boleh buat sendiri puree durian dan makan dengan rasa puas hati.
PUREE DURIAN
Ads
1kg isi durian
800ml air
400gm Gula pasir**
50gm Tepung jagung
250ml Air
Sedikit pewarna lemon yellow
Sedikit perisa durian – jika perlu
CARA MENYEDIAKAN:
Ads
Blender isi durian dan air hingga halus.
Tuangkan dalam kuali/non stick pan atas api sederhana dan kacau.
Letakkan gula dan terus kacau hingga sebati.
Bila agak likat campurkan bancuhan air dan tepung jagung kacau lagi lebih kurang 10 minit atau hingga pekat.
Masa proses ni puree akan meletup letup kecil. (Perlu berhati-hati takut melecur)
Tutup api dan tuangkan dalam bekas kedap udara.
Sudah sejuk boleh simpan dalam peti ais.
Ads
**gula boleh dikurangkan jika isi durian yang digunakan jenis bagus dan manis.
Menu cekodok ni memang tidak akan ditolak kalau dihidangkan. Tak kiralah cekodok apa pun, berebut je makan. Tahu-tahu dah habis sepinggan. Nak buat cekodok pisang yang gebu dan rangup dan bulat-bulat rupanya, boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Jejaka Brownie. Makan panas-panas , memang layan .
CEKODOK PISANG Bahan-bahan: Bahan1
Bahan2
Bahan 3 •Air (Mengikut kesesuaian adunan tapi jangan cair)
Cara memasak: 1. Lecek pisang tak perlu kisar halus dan timbang 1kg. (Bahan 1) 2. Lalu masukkan pisang yang dilecek tadi ke dalam (Bahan 2) campur hingga sebati. 3. Masukkan air sedikit demi sedikit. Adunan jangan terlalu cair tujuannya adalah untuk mendapatkan tekstur yang gebu dan bulat bila digoreng. 4. Panaskan minyak dalam kuali. Kuantiti biar banyak. 5. Bila adunan tadi dah siap, basahkan kelima-lima hujung jari menggunakan air dan ambil sedikit adunan menggunakan teknik “jemput-jemput” lalu jatuhkan ke dalam minyak yang panas.
6. Goreng hingga perang. 7. Siap untuk dihidang. Kredit: Jejaka Brownie
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Kuih batang buruk ni, kebiasaannya popular bila dah nak dekat raya. Ada yang menjadikan kuih ini sebagai salah satu hidangan yang wajib ada.
Tapi kalau nak buat sendiri untuk makan sebagai kudap-kudapan, boleh cuba resipi yang dikongsi Ruzita Hashim ini. Mudah saja nak buat.
KUIH BATANG BURUK
BAHAN-BAHAN:
2 bungkus besar kulit popia 3 bungkus tepung kacang hijau 800gm gula aising 2 biji putih telur (pelekat) Straw (penyedut minuman) saiz besar Minyak untuk menggoreng
1. Potong kulit popia memanjang seperti di dalam gambar mengikut ukuran pembaris yang tertera.
2. Cabut sehelai sehelai, kemudian gulung di straw. Gunakan putih telur sebagai pelekat. Boleh lihat gambar tertera. Buat sampai habis.
3. Bila dah siap, gamkan semua. Kita jemur dengan straw yang dah dililit kulit popia tadi. 4. Jemur tadi tak lama pun, kejap je. Kalau cuaca panas, dalam 10 minit je. Agak-agak dia tak lembiklah. Kalau dah agak-agak keras, keluarkan popia yang dah kering tu kesemuanya.
5. Tepung kacang hijau disangai lebih kurang 10 minit (guna api sederhana) bagi garing, wangi, ringan dan tahan lama. 6. Angkat dan sejukkan. Dah sejuk, masukkan gula aising (buat je sendiri, kisar gula tu sampai jadi halus).
7. Gaul ratakan gula dengan tepung sampai sebati. 8. Goreng kulit popia dalam minyak panas dengan api yang sederhana. Kuning sikit je, terus angkat. 9. Sumbat kulit popia yang dah digoreng tadi dengan tepung kacang hijau. Buat sampai habis. Siap. 10. Ada setengah orang tak sumbat pun dengan tepung kacang hijau. Mereka hanya gaulkan je bagi rata. 11. Kalau nak buat sikit saja, bahagikanlah 2 bahagian. Saya buat dengan resipi ini, boleh dapat 2kg setengah.
12. Tepung masa nak gaul dengan gula, kena tunggu sejuk dulu ya. 13. Popia yang telah digoreng pun sama. Toskan minyak, tunggu sejuk baru masukkan intinya ya. 14. Dalam proses nak gulung popia di straw tu, kena ada tuala bersih lembab untuk menutup kulit popia agar tidak cepat kering atau mengeras. Kulit popia cepat kering dengan udara.
Viral sana sini dengan donut velvet. Tapi kalau buat pasti anak kurang suka. Jadi jom buat donut susu, rasa manis dan rasa lemak memang buat ketagih anak-anak makan. Bukan setakat anak-anak saja yang makan, mak ayah pun tumpang sama. Pasti licin sepinggan.
DONUT SUSU
Bahan-bahan: 1 pek Mauripan-bancuh dulu dengan air suam sampai berbuih 1 kg tepung gandum 1 biji telur 2 sudu makan marjerin Susu pekat (agak agak saja) 2 sudu makan susu tepung Sedikit garam
Cara membuat: 1.Bancuh yis dengan air suam sampai berbuih. 2.Bila yis dah kembang campur semua, uli dalam sejam.
Bahan salutan: Susu tepung(saya guna fernleaf) Gula
Cara membuat: 1.Kisar halus dua bahan ni.
2.Salutkan pada donut selepas digoreng. Biarkan sejuk dahulu dan salutnya dengan bahan salutan susu. Kredit: Noor Shafiqah Ghazali
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Raja Buah durian terkenal dengan sejarah unik, aroma tersendiri, nilai ekonomi tinggi dan pelbagai khasiat. Ketahui fakta menarik yang menjadikan durian kekal sebagai buah paling ikonik di Asia Tenggara.