Pulut Ubi Kayu Berinti Kelapa, Sesuai Hidangan Minum Petang

Share

Jika ada lebihan ubi kayu dan tiada idea nak buat apa, jom kita jadikannya Pulut Ubi Kayu Berinti Kelapa. Kuih orang lama memang tak luput dek zaman. Memang sedap. Makan satu pun dah mengenyangkan.

Untuk hidangan kuih muih kali ini, Puan Sue Zakaria sudi berkongsi resipi Pulut Ubi Kayu Berinti Kelapa. Sesuai disediakan untuk minum petang. Dihidangkan pula dengan teh o panas, memang sedap. Jom kita buat.

PULUT UBI KAYU BERINTI KELAPA

BAHAN-BAHAN:

Beras pulut (direndam 4-5 jam) – Boleh beli online di sini

Ubi kayu parut

Nyior (kelapa)

Santan – Boleh beli online di sini

Daun pandan

Gula nisan – Boleh beli online di sini

CARA MEMASAK:

Gaulkan ubi kayu parut, pulut, daun pandan dan santan. Letakkan juga secubit garam.

Kukus dalam anggaran masa 15 minit.

Sementara itu, buatkan intinya.

Gaulkan sebati sehingga kering airnya.

Pulut yang telah dimasak tadi, letakkan di dalam daun pisang yang telah dilap bersih.

Setelah itu, nak kukus semula. Tak nak kukus pun boleh sebab kuih itu dah sedia dimasak.

Kredit: Puan Sue Zakaria

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN