Puding Roti Marble, Makan Sejuk-Sejuk Memang Nikmat!

Share

Beli roti selalu tak habis. Rasa buntu dah nak buat apa. Apa kata cuba jadikannya puding roti marble.

Dah siap, masukkan dalam peti sejuk. Potong kecil-kecil, makan sejuk-sejuk. Nyaman je rasa lalu kat tekak. Memang confirm cepat habis!

Jom cuba buat puding roti marble menerusi perkongsian resipi daripada Cik Pooja ini. Rasanya lemak-lemak manis buah je.

BAHAN A:

20g agar-agar tali – Boleh beli online di sini

7 cawan air 

1 cawan gula

BAHAN B:

5 keping roti Gardenia – Boleh beli online di sini

1 tin susu cair

½ cawan susu pekat – Boleh beli online di sini

1 biji telur

1 sudu besar esen vanilla – Boleh beli online di sini

1 cawan tepung kastard – Boleh beli online di sini

CARA MEMASAK:

1. Masukkan semua bahan A ke dalam periuk dan masak sehingga hancur dan sebati. Kemudian, kecilkan api dan biarkan mereneh sekejap.

2. Kisar semua bahan B kecuali tepung kastard.

3. Bancuh tepung kastard dengan sedikit air supaya senang dikacau dan tidak berketul.

4. Setelah dikisar, campurkan bahan kisar tadi dengan bahan A.

5. Masukkan sekali bahan bancuhan tepung kastard tadi. Besarkan api.

6. Kacau lagi supaya sebati. Masa ni kena sentiasa kacau sampai agak likat. Kemudian, tutup api.

7. Bahagikan kepada 3 atau beberapa bahagian yang anda suka mengikut warna. Boleh buat warna hijau epal, coklat (campurkan 3 sudu besar serbuk koko) dan plain

.

8. Lapiskan dalam bekas. Proses melapis ni kena cepat dan cermat sebab adunan cepat beku.

9. Setelah siap kesemuanya, bolehlah disejukkan di dalam peti ais.

10. Dah siap, bolehlah dipotong kecil-kecil. Enak dimakan sejuk-sejuk. Nyaman je rasa.

Kredit: Cik Pooja

[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN