Puding Roti Karamel Hijau Epal. Manfaatkan Lebihan Roti.

Share

Roti semalam ada berbaki, jom kita buat puding roti karamel hijau Epal. Cantik aje kejadiannya warna hijau lah pulak.

Resipi dari Zuraini Saari Zue ni memang sedap dibuat pencuci mulut. Manis berlemak dengan susu cair, karamel tu masak elok-elok. Jangan terhangus pulak

PUDING KARAMEL HIJAU EPAL

BAHAN-BAHAN :

Bahan Karamel :
Loyang 6 inci bulat
Panaskan 4 sdb gula

(Dimasak hingga perang)
*ketepikan

5 keping roti (Dibuang tepi dan dicarikkan)
3 biji telur A
3/4 cawan susu pekat


1 cawan susu cair
1/2 cawan air masak
1 sdk esen vanila
1 sdk perisa @ pewarna hijau ikut citarasa

(Blender kan semua)

CARA MEMASAK :


1. Kukus air hingga mendidih

2. Masukkan bahan blender ke dalam loyang karamel td.
3. Kukus selama 40 minit atau hingga masak


4. Setelah masak biarkan sejuk barulah sisipkan tepi loyang untuk dikeluarkan.

Kredit Resepi : zuraini saari zue

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :

IKLAN