Puding Rasa Berlemak Dengan Cendol, Guna 4 Bahan Aje.

Share

Puding sejuk berlemak dengan rasa cendol

, perrgghhh siapa tak suka. Usah dipelawa, pasti cepan licin dimakan. Sukatan gula tu tak payah manis sangat, kurangkan aje gulanya,ya.

Terima kasih Yatiememories dan UDA atas sumbangan resipi ni

PUDING LEMAK CENDOL



.

BAHAN-BAHANNYA :

  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 1/2 cawan gula pasir | boleh dikurangkan sedikit
  • 4 1/2 cawan santan sederhana pekat
  • 2 helai daun pandan
  • 500gm cendol | ditapis

CARA MEMASAKNYA:
1. Bancuh tepung jagung bersama santan dan tapiskan kedalam periuk.
2. Campurkan gula dalam adunan kemudian masak dgn api sederhana hingga sebati. Hendaklah sentiasa dikacau selama lebih kurang 20 minit.
3. Bila dah likat, masukkan cendol dan kacau sebati selama 5 minit lagi.
4. Sudukan dlm acuan lompang yg telah disapu dgn sedikit minyak masak.
5. Sejukkan dulu baru keluarkan dari acuan.


.

PUDING LEMAK CENDOL
Sumber : yatiememories
Olahan : UDA

 

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA : 

IKLAN