Puding Oreo Pemanis Mulut Juadah Di Hari Raya. Makan Sejuk-sejuk Memang Sedap!

Share

Puding Oreo hidangan pemanis mulut yang sesuai untuk dihidangkan di hari raya nanti. Sambil makan hidangan daging korban boleh buat ini untuk minum petang atau hidangan desert. Makan sejuk-sejuk memang sedap.

PUDING OREO

Bahan-bahan:

1 pek Oreo

1 paket agar-agar tali cap rusa (berat dia 18gm)

1 tin susu cair

¾ cawan gula pasir

2 cawan air

3 sudu milo

Sedikit pewarna kalau nak guna pewarna

Cara Memasak:

  1. Mula-mula masak agar-agar dengan air dan susu cair sampai larut.
  2. Bila agar dan larut susu pun dah didih, masukkan gula kacau sampai mendidih

Kemudian tutupkan api.

  1. Cedok agar-agar 1 cawan dan campurkan 1 ½ sudu milo. Kaler dia agak pucat jadi saya tambahkan 1 sudu teh pewarna coklat. Tapi kalau taknak tambah warna pun takpe.
  2. Kemudian tuangkan agar-agar milo tadi ke dalam loyang atau bekas. Bekas jgn besar sgt, guna bekas kecik je saiz 5 inci pun takpe baru agar-agar jadi tebal.
  3. Biarkan agar-agar ni keras.
  4. Sementara tu, cedok lagi 1 cawan agar-agar dan buatkan agar-agar milo tapi jangan tuang lagi dalam bekas. Yang ni asingkan untuk tuang last nanti.
  5. Baki agar-agar yang ada tu boleh lah campur pewarna atau biarkan je warna putih. Agar-agar ni tuang atas agar-agar milo yang dah keras.

Sebelum tuang, garukan dulu agar-agar milo tu dengan garfu supaya lapisan agar-agar melekat elok.

  1. Bila dah tuang semua agar-agar susunkan oreo dalam agar-agar warna putih ni. Kemudian tunggu agar-agar ni sejuk.
  2. Bila agar-agar ni dah sejuk, garukan denga garfu baru tuang agar-agar milo yang terakhir tadi.
  3. Tunggu puding betul-betul sejuk baru potong.

Nota : resepi ni untuk agar-agar berat 18 gm dan serbuk agar-agar berat 10gm.

Kalau agar-agar tali yang berat dia lebih atau kurang pandai2 la ejas sukatan air.

Agar-agar yang dah masak tu wajib tapis dulu sebelum tuang dalam loyang.

Kredit: Suraya Yaacob

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN