Ads

Resipi Ringkas Pencuci Mulut PUDING NASI Cara Hanis Zalikha, Penuh Khasiat & Mudah Buat!

Resipi Ringkas Pencuci Mulut PUDING NASI Cara Hanis Zalikha, Penuh Khasiat & Mudah Buat! Seronok melihat selebriti dan usahawan berjaya, Hanis Zalikha,36 berkongsi video membuat resipi ringkas pencuci mulut Puding Nasi bersama anak perempuannya, Alisa Aisyah,7.

Bukan apa, hubungan erat antara ibu dan anak juga bermula di dapur. Berkongsi saat manis meluangkan masa dengan menyediakan menu hidangan keluarga sekaligus dapat mencipta memori manis bersama.

Hanis menyediakan hidangan menu sihat puncuci mulut, Puding Nasi (Rice Pudding) yang cukup simple, namun penuh berkhasiat. Bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak mana, namun cukup mudah untuk dibuat.

Puding nasi dibuat daripada nasi, susu, dan pemanis seperti gula, sering diperisakan dengan vanila atau kayu manis, dan boleh dihidang panas atau sejuk, sama ada dibakar untuk menghasilkan kerak atau dimakan lembut seperti bubur. Ia merupakan hidangan popular di banyak negara, termasuk Asia (sebagai bubur nasi manis) dan Turki (sebagai Firin Sutlac yang dibakar), serta variasi klasik Barat.

Resipi Pencuci Mulut PUDING NASI Hanis Zalikha (Sukatan 4 bekas)

Bahan-Bahan:

1 cawan Beras (Sushi)
1 cawan Susu Segar
1 sudu besar Madu/ gula
1 sudu kecil Garam
1 batang kecil Kayu Manis
1 sudu kecil Esen Vanilla
Pistachio (Ditumbuk/kisar)
Rose Tea Petals (pilihan)

Resipi Ringkas Pencuci Mulut PUDING NASI Cara Hanis Zalikha, Penuh Khasiat & Mudah Buat!

Ads

Cara Membuat:

1. Tumbuk kacang pistachio dalam lesung batu tidak terlalu kasar atau halus.

Resipi Ringkas Pencuci Mulut PUDING NASI Cara Hanis Zalikha, Penuh Khasiat & Mudah Buat!2. Basuh beras sehingga bersih, masukkan susu segar dan sedikit garam.

Resipi Ringkas Pencuci Mulut PUDING NASI Cara Hanis Zalikha, Penuh Khasiat & Mudah Buat! Resipi Ringkas Pencuci Mulut PUDING NASI Cara Hanis Zalikha, Penuh Khasiat & Mudah Buat!3. Masukkan juga sedikit esen vanilla, kayu manis dan madu, kacau sebati.

Resipi Ringkas Pencuci Mulut PUDING NASI Cara Hanis Zalikha, Penuh Khasiat & Mudah Buat!Resipi Ringkas Pencuci Mulut PUDING NASI Cara Hanis Zalikha, Penuh Khasiat & Mudah Buat! Resipi Ringkas Pencuci Mulut PUDING NASI Cara Hanis Zalikha, Penuh Khasiat & Mudah Buat!4. Kemudian, panaskan oven ke suhu 150°C-175°C, masukkan adunan tadi ke dalam bekas kecil (ramekin atau casserole dish) dan bakar guna teknik water bath (bain-marie).

Ads

Resipi Ringkas Pencuci Mulut PUDING NASI Cara Hanis Zalikha, Penuh Khasiat & Mudah Buat!Resipi Ringkas Pencuci Mulut PUDING NASI Cara Hanis Zalikha, Penuh Khasiat & Mudah Buat! 5. Bakar sehingga masak, permukaan puding nasi nampak keperangan bergantung pada suhu oven masing-masing.

Resipi Ringkas Pencuci Mulut PUDING NASI Cara Hanis Zalikha, Penuh Khasiat & Mudah Buat!6. Setelah masak, biarkan sejuk seketika, sebelum disimpan dalam peti ais.
7. Setelah disejukkan, bolehlah dinikmati dengan pistachio yang ditumbuk kasar tadi dan taburan rose tea petals.

Resipi Ringkas Pencuci Mulut PUDING NASI Cara Hanis Zalikha, Penuh Khasiat & Mudah Buat! Resipi Ringkas Pencuci Mulut PUDING NASI Cara Hanis Zalikha, Penuh Khasiat & Mudah Buat!

Ads

Resipi Ringkas Pencuci Mulut PUDING NASI Cara Hanis Zalikha, Penuh Khasiat & Mudah Buat!

Siap! Selamat Mencuba.

RASA: Memang mudah nak buat dan penuh berkhasiat resipi puding nasi ni. Bagi yang nak rasai keenakan pencuci mulut sihat ini, boleh ikut resipi yang Hanis Zalikha kongsikan ini.

Kredit Video: Hanis Zalikha

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Buat Sendiri ‘FRENCH FRIES POTATO STICK’ Guna 3 Bahan, Jimat Puas...

Kentang goreng panjang atau french fries potato stick ini antara makanan viral masa kini. Ia antara makanan yang selalu ditawarkan di festival makanan dan sekarang semakin banyak gerai tepi jalan yang menjualnya.