Puding Coklat Lalu Di Tekak Sejuk Jer… Sedap Buat Di Musim Panas Ni!

Share
Sekarang ni musin panas. Best kalau makan puding coklat sesejuk nie. Syok je lalu dekat tekak ni. Mudah sangat resipi ni, anak anak mesti suka.

PUDING COKLAT

Bahan bahan:

  • 1 tin susu pekat
  • 1 tin susu sejat@cair
  • 5 tin air (guna bekas Tin susu tadi utk sukat air/
  • 11 sudu Makan tepung kastad (bumbun tau)maksud bumbun tu mcm penuh membukit.
  • Biskut marie (perisa coklat) Dan Milo secukup nya

Cara-cara:

1. Masukkan susu sejat, susu pekat , air dan tepung kastad dalam periuk kacau bg sebati baru masak atas api sederhana.
2. Kacau sampai pekat dan berkilat tutup api.
3. Masukkan dalam loyang secara berlapis mula dgn kastad ,biskut pastu tabur milo. Pastu ulang lagi kastad, biskut, Milo sampai last biar tinggal kastad ja.
4. Pastu blend kasar sedikit biskut dgn milo kendian tabur utk yg paling atas.

Tadaa siap!

Masukkan dlm peti ais, dah sejuk boleh makan terus

Kongsi resipi: Akmal Hamid

 

IKLAN