Bisnes

Bukan Mi Kolok Je! Kuching Pun Ada Port Nasi Kandar Untuk Peminat Makanan Mamak

Share

Bila bercakap tentang makanan di Kuching, Sarawak, memang ada banyak hidangan tempatan yang boleh kita terokai. Namun, kalau tiba-tiba teringin makan Nasi Kandar yang lengkap dengan pilihan lauk, roti canai atau mi goreng mamak, ada satu lokasi yang boleh dimasukkan di dalam senarai anda iaitu Restoran AK Curry House.

Terletak di Mendu Commercial Centre, Jalan mendu, Kuching, restoran ini menawarkan pelbagai pilihan makanan mamak yang cukup dekat dengan selera rakyat Malaysia. Daripada hidangan berat untuk makan tengah hari atau malam hinggalah ke menu yang ringan dan santai, semuanya boleh didapati di sini. 

Bagi penggemar makanan mamak, memang rugi kalau cuba makan di sini.

Nasi Kandar Dengan Pilihan Lauk Memang Menggoda

Bila sebut sahaja restoran mamak, antara menu yang terlintas di dalam fikiran tentulah Nasi Kandar. Nasi yang dinikmati bersama pilihan lauk dan kuah banjir menjadi antara hidangan yang wajib dicuba apabila berkunjung ke AK Curry House.

Apa yang membuatkan Nas Kandar sentiasa mempunyai peminat tersendiri tentunya kepelbagaian untuk memilih lauk dan menikmatinya mengikut cita rasa masing-masing. Ada yang gemar satu jenis kuah, ada juga yang lebih puas menikmati nasi bersama campuran kuah. Lebih-lebih lagi apabila dinikmati ketika masih panas, memang membuka selera.

Tak Mahu Nasi? Ada Roti Canai & Mi Goreng Mamak

Bukan nasi kandar sahaja yang boleh dinikmati di AK Curry House. Restoran ini turut menawarkan pilihan makanan mamak popular seperti Roti Canai dan Mi Goreng Mamak.

Roti Canai memang antara menu yang sukar ditolak apabila berkunjung ke restoran mamak. Begitu juga dengan Mi Goreng Mamak yang sentiasa menjadi kegemaran ramai apabila mahukan sesuatu yang ringkas tetapi mengenyangkan.

Dengan adanya pelbagai pilihan sebegini, pelanggan boleh memilih hidangan mengikut selera masing-masing. Jadi kalau datang beramai-ramai dan masing-masing mahukan menu yang berbeza, senanglah nak membuat pilihan nanti.

Lengkapkan Dengan Segelas Teh Tarik Kaw

Dah makan-makan, minuman pun mestilah kena ada padanannya. Antara minuman yang sering menjadi pilihan tentunya Teh Tarik Kaw.

Bagi sesetengah orang, kombinasi makanan mamak dengan teh tarik memang ‘ngam’. Sama ada dinikmati selepas makan atau sambil berbual bersama rakan-rakan, segelas Teh Tarik boleh melengkapkan pengalaman ketika menjamu selera.

Pendek kata, kalau anda sukakan kombinasi Nasi Kandar, Roti Canai, Mi Goreng Mamak dan Teh Tarik, AK Curry House memang wajib menjadi lokasi untuk dikunjungi apabila berada di Kuching.

Makan Sambil Layan Siaran Astro

Satu lagi tarikan yang boleh dinikmati pelanggan di AK Curry House ialah siaran Astro secara langsung ketika berada di restoran. Bayangkan datang bersama geng, pesan makanan kegemaran kemudian duduk santai sambil menonton rancangan atau perlawanan bola. Memang lebih meriah suasana ketika makan tu.

Ia juga turut memberikan pengalaman berbeza buat pelanggan yang bukan sekadar mahu mengisi perut, tetapi mahu mencari tempat untuk meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan sambil menikmati hidangan.

AK Curry House Turut Diketengahkan Menerusi AstroBiz

Dalam dunia perniagaan F&B hari ini, menyediakan makanan yang menjadi pilihan pelanggan merupakan satu faktor yang menarik mereka untuk datang kembali ke restoran.  Namun, memastikan lebih ramai orang mengenali sesebuah perniagaan juga penting untuk membantu bisnes berkembang.

AK Curry House merupakan antara seorang pelanggan AstroBiz yang diketengahkan menerusi kempen BizOne Rewards by AstroBiz. Kempen ini memberi fokus kepada sokongan pemasaran, ganjaran dan peningkatan visibility untuk membantu perniagaan supaya dapat menarik lebih ramai pelanggan ke outlet.

Menerusi kempen ini, pelanggan yang layak berpeluang menerima guaranteed marketing support, dengan nilai keseluruhan sokongan pemasaran kempen sehingga RM17.5 juta.

Berdasarkan bahan kempen, bentuk ganjaran pemasaran yang ditawarkan bergantung kepada pakej langganan. Antaranya termasuk peluang pendedahan menerusi Buletin AWANI, kandungan di Astro Prima, selain Astro Audio Ads dan branded editorial. Kelayakan dan ganjaran adalah tertakluk kepada terma dan syarat kempen.

Ini Peluang Untuk Promosikan Bisnes Anda

Buat pemilik perniagaan, usaha meningkatkan visibility boleh membuka peluang untuk memperkenalkan jenama kepada lebih ramai pelanggan.

Kalau anda mahu perniagaan mendapat peluang pemasaran seperti AK Curry House, ketahui lebih lanjut mengenai BizOne Rewards by AstroBiz dan pilihan pakej yang ditawarkan.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, layari biz.astro.com.my.

Dan kalau berada di Kuching serta teringin menikmati makanan mamak, bolehlah singgah ke Restoran AK Curry House, Lot 9742, Section 64, No. 42, Ground Floor, Mendu Commercial Centre, Jalan Mendu, 93200 Kuching, Sarawak.

Published by
Naqiyatul Uzma