
Popia mini udang kering memang menjadi kegilaan ramai orang ketika hampir menjelang Syawal. Rasanya yang rangup sememangnya membuka selera. RASA kongsikan resipinya untuk korang cuba buat sendiri.
POPIA MINI UDANG KERING

BAHAN-BAHAN
300 gram udang kering
Minyak masak untuk menumis
3 biji bawang merah kecil (ditumbuk)
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Kulit popia
CARA MEMBUAT
1. Rendam sebentar udang kering. Cuci dan toskan. Selepas itu dikisar halus. Ketepikan.
2. Panaskan minyak masak. Tumis bawang merah kecil sehingga naik bau. Kemudian masukkan udang kering yang telah dikisar. Gaul.
3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Gaul hingga udang agak kering.
4. Bila dah kering, tutup api dan sejukkan sebentar. Kemudian kisar lagi supaya udang tidak berketul-ketul.
CARA PENYEDIAAN
1. Kulit popia dipotong segi empat. Letak isi udang di tengah dan gulung. Kemudian temukan kedua-dua hujungnya dan simpul sekali.
2. Goreng guna minyak masak yang banyak. Ketika menggoreng, api kena perlahan. Kalau api besar, popia akan liat di bahagian dalam.
3. Setelah masak, angkat dan toskan.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Kuih Cakar Ayam Paling Senang & Comfirm Jadi

Siapa suka makan Kuih Cakar Ayam? Ia adalah salah satu snek tradisional orang lama yang masih kekal relevan dan jadi kegemaran ramai sehingga kini. Sedap kan rasanya. Krupp krup rangup bila digigit.
Ada sahaja yang jual snek ini di pasaran namun ada kalanya, rasa tu tak kena dengan selera. Jika terbeli yang lama, ada yang sudah lemau dan juga tengik. Tak sedaplah rasanya.
Jangan risau, anda sebenarnya boleh buat sendiri kuih ini di rumah hanya dengan menggunakan 3 bahan yang paling ringkas. Ikut resipi perkongsian saudara Are Peace ini, hasilnya pasti tidak mengecewakan. Senang, sedap dan dijamin menjadi. Jom cuba!
CARA BUAT KUIH CAKAR AYAM PALING MUDAH & DIJAMIN MENJADI

BAHAN-BAHAN:
Ubi keledek putih – parut kasar
Gula pasir
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak masak yang banyak dalam kuali.
2.Kemudian masukkan gula pasir ke dalam minyak panas tadi. Kacau hingga gula cair dan jadi keperangan. Sukatan gula & ubi adalah – 2 cawan ubi parut:4 sudu besar gula pasir)
3.Seterusnya masukkan ubi yang telah diparut. Kacau jangan berhenti ya hingga ubi jadi keperangan.

4.Bila sudah berwarna keperangan, angkat dan toskan minyak.
5.Semasa ubi masih panas, terus bentukkan menjadi bulat. Caranya adalah dengan memasukkan ubi ke dalam acuan dan tekan dengan sudu. (empunya resipi guna botol yang dipotong menjadi bentuk gelang)
6. Sejukkan dan bila sudah mengeras, bolehlah disimpan dalam bekas kedap udara.

Kredit resipi & foto: Are Peace
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Egg Muffin Super Sedap, Makan Satu Memang Tak Cukup

Wow… Kalau buat Egg Muffin begini untuk suami dan anak-anak, dijamin licin tak sempat nak pandang! Menu ini sesuai dinikmati pada bila-bila tidak kira sarapan, tengahari, minum petang atau makan malam. Sangat mengenyangkan. Cubalah resipi perkongsian saudari Suzi Yanti Md Hane ni. Anda pasti puas hati.
RESIPI EGG MUFFIN SEDAP & MUDAH

BAHAN A:
Daging cincang – jumlah ikut selera
1 biji bawang holland – cincang
Cili benggala merah/hijau/kuning – dadu halus
Cendawan butang secukupnya – dadu halus – beli online disini
Minyak masak
Keju Mozzarella
i
recipe
egg muffin
CARA MEMASAK:
1.Panaskan sedikit minyak, ambil sedikit bahan-bahan sayuran cincang tadi (kecuali keju) dan tumis hingga separuh masak.

2. Masukkan daging cincang. Tumis hingga masak.


3. Perasakan dengan sedikit garam. Ketepikan.

NOTA: Separuh lagi bahan-bahan cincang dibiarkan sahaj. Nanti akan digunakan untuk tabur sebelum dibakar.
BAHAN B:
5 biji telur
1 sudu teh baking powder – beli online disini
Mixed herbs secukupnya – beli online disini
Sedikit garam
1 sudu makan minyak
(satukan semua bahan dan blender hingga kembang. Ketepikan)

CARA MEMASAK:
1. Griskan dulang pembakar ngan majerin.
2.Masukan inti daging yang telah ditumis tadi.

3.Taburkan lebihan bawang holland dan cili benggala di atas muffin.
4. Seterusnya tabur juga keju mozzarella. Jumlahnya ikut selera.


5. Tuang bancuhan telur.


6. Bakar muffin pada suhu 180c selama 20 minit atau hingga masak.
7. Bila sudah masak, biarkan muffin sejuk terlebih dahulu baru dikeluarkan dari acuan.

8. Beef Eggs Muffin sedia dihidangkan bersama sos pilihan.


Kredit resipi & foto: Suzi Yanti Md Hane
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/
https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/
https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/
https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Puan Selvi Kongsi Resipi Muruku Sedap Untuk Hari Raya.

Bila tibanya musim perayaan, muruku antara kudapan ringan yang popular. Bukan sahaja masa Deepavali, di musim Hari Raya Aidilfitri pun kudapan ini menjadi pilihan ramai. Rasanya yang rangup, pedas dan berempah memang menepati citarasa ramai. Bagi anda yang nak buat sendiri Muruku sempena Aidilfitri ni, resipi perkongsian Puan Selvi boleh dicuba.
Muruku adalah makanan ringan yang berasal dari India Selatan dan namanya diambil dari perkataan Tamil yang bermaksud ‘dipintal’ merujuk kepada bentuknya. Kudapan ini biasanya dihasilkan dari tepung beras yang dicampur dengan pelbagai rempah serta bahan-bahan lain, diadun sebati dan kemudiannya digoreng hingga garing.
Ramai yang tercari-cari resipi muruku yang sedap, mudah disediakan serta rangup. Terdapat sangat banyak resipi yang boleh anda cuba dan antaranya adalah seperti yang RASA kongsikan ini. Ia adalah resipi asli perkongsian Puan Tamil Selvi Samugam Sundram. Jom cuba!
RESIPI MURUKU SEDAP UNTUK HARI RAYA
1. MURUKU RIBEN

BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan tepung beras
- 1 cawan tepung kacang kuda
- 1 ½ sudu teh serbuk cili merah
- ¼ sudu teh asafoetida
- 1 sudu teh mentega
- 110ml air
- Sedikit garam
- Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Masukkan kesemua bahan kecuali air ke dalam sebuah mangkuk. Gaul rata.
- Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Doh tidak boleh terlalu kering atau terlalu basah.
- Masukkan doh ke dalam acuan muruku dan tekan membentuk reben. Ketepikan.
- Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan doh bentuk reben dan goreng sehingga berwarna sederhana perang. Angkat dan ulangi langkah hingga selesai.
- Angkat, sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara selepas muruku sejuk.
- Sedia untuk dinikmati.
2. MURUKU BAWANG PUTIH

BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan tepung beras
- 2 cawan tepung kacang kuda
- 5 tangkai cili kering
- 10 ulas bawang putih (dikupas)
- 1/8 sudu kecil garam
- 1 sudu besar mentega
- 50ml air
- Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Cili kering dan bawang putih dikisar halus.
- Masukkan semua bahan dan bahan kisar kecuali air ke dalam sebuah mangkuk. Gaul rata.
- Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Doh tidak boleh terlalu kering atau telalu basah.
- Masukkan doh ke dalam acuan muruku dan tekan doh.
- Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan muruku dan goreng sehingga berwarna sedehana perang.
- Simpan di dalam bekas kedap udara selepas muruku sejuk.
3. BUTTER MURUKU

BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan Tepung Beras
- 1 sudu besar Tepung Kacang Kuda
- 1 sudu besar Tepung ‘Pothukadalai’ (fried gram powder)
- 1 cubit Asafoetida
- 1/8 sudu kecil garam
- 2 sudu besar mentega
- 100ml air
- Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Masukkan semua bahan kecuali air ke dalam sebuah mangkuk. Gaul rata.
- Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Uli sehingga doh tidak melekit.
- Masukkan doh ke dalam acuan muruku dan tekan bentuk bintang.
- Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan muruku dan goreng sehingga berwarna sedehana perang.
- Simpan di dalam bekas kedap udara selepas muruku sejuk.
4. MURUKU JINTAN MANIS

BAHAN-BAHAN:
- ¾ cawan Tepung ‘Pothukadalai’ (fried gram powder)
- 2 cawan Tepung Beras
- ½ cawan Tepung Ulunthu(Urad Dhal) goreng
- 1 ½ sudu kecil Jintan Manis
- ¼ sudu kecil Asafoetida
- 1/4 sudu kecil garam
- 1 sudu besar mentega
- 300ml air
- Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Jintan manis digoreng tanpa minyak. Sejukkan. Kisar sederhana halus.
- Masukkan semua bahan dan jintan manis kisar kecuali air ke dalam sebuah mangkuk. Gaul rata.
- Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Doh tidak boleh terlalu kering atau telalu basah.
- Masukkan doh ke dalam acuan muruku dan tekan doh berbentuk bintang.
- Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan muruku dan goreng sehingga berwarna sedehana perang.
- Simpan di dalam bekas kedap udara selepas muruku sejuk.
5. OMAPODI

BAHAN-BAHAN:
- ¼ cawan tepung beras
- 1 cawan Tepung Kacang Kuda
- ¼ sudu kecil Asafoetida
- 1/8 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil mentega
- 100ml air
- Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Masukkan semua bahan kecuali air ke dalam sebuah mangkuk. Gaul rata.
- Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Uli sehingga doh tidak melekit.
- Masukkan doh ke dalam acuan muruku.
- Panaskan minyak di dalam kuali. Tekan doh kedalam minyak. Goreng sehingga berwarna sedehana perang.
- Selepas sejuk, masukkan kacang goreng, kacang hijau goreng. Kacau perlahan. Simpan dalam bekas kedap udara.
INFO RASA: Asafoetida: Getah dari pokok herba. Kaya khasiat dan disebut juga sebagai ‘ food of the gods’.
ANDA JUGA BOLEH CUBA:
https://rasa.my/koleksi-resipi-set-aneka-nasi-tumis-bersama-aneka-lauk-pauk/
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!

3.Seterusnya masukkan ubi yang telah diparut. Kacau jangan berhenti ya hingga ubi jadi keperangan.
6. Sejukkan dan bila sudah mengeras, bolehlah disimpan dalam bekas kedap udara.