Popia jejari Coklat Sedap Dijadikan Kudapan Hari Raya

Share

Popia Jejari coklat ini sesuai untuk dijadikan kudapan saat menonton TV. Atau boleh juga dijadikan sebagai salah satu kudapan di hari hari raya nanti. Mesti anak-anak suka.

Nak membuatnya pun tak susah. Tambah meriah kalau buat bersama anak-anak. Tentu anak-anak pun rasa seronok. 

Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh DAPUR SHAI ANNE ini.

Popia Jejari Coklat

Bahan-bahan:

50 keping kulit Popia

500 gram coklat Compound jenama Beryls – boleh beli online di sini

Nestum Original

Mentega – boleh beli online di sini

Tepung gandum – boleh beli online di sini

Air

Minyak masak (Untuk menggoreng popia) – boleh beli online di sini

Cara Memasak Popia Jejari Coklat:

Bahagi dan potong kulit popia kepada empat bahagian. Kemudian gulungkan dan letak di atas dulang.

Untuk menggelakkan gulungan terbuka, sapukan sedikit tepung gandum yang dicampurkan dengan air supaya hujung kulit popia melekat.

Seterusnya goreng kulit popia tersebut hingga warnanya kekuningan. Angkat dan toskan.

Untuk coklat, cairkan coklat compound Beryl’s dengan sedikit butter menggunakan api yang perlahan / double boil.

Setelah itu, sejuk seketika coklat yang telah dicairkan. Kemudian bolehlah celupkan popia yang telah digoreng tadi ke dalam coklat cair itu.

Kemudian Masukkan popia yang telah dicelup dengan coklat tadi ke atas Nestum.

Untuk mengekalkan kerangupan popia ini, bakar lagi dalam oven sekitar 5 – 10 minit.

Siap. Selamat mencuba!

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

IKLAN