Sempena pelancaran perisa baharu ini, Pocky bekerjasama dengan artis jalanan tempatan untuk memperkenalkan seni jalanan sebagai penghormatan kepada warisan Malaysia

Pocky Meraikan Hari Kebangsaan Dengan Pocky Durian dan Pocky Ondeh-Ondeh Edisi Terhad

Glico Malaysia menghargai keunikan cita rasa tempatan dengan melancarkan perisa baharu edisi terhad, Pocky Durian dan Pocky Ondeh-Ondeh yang cukup mengujakan, sambil mengajak rakyat Malaysia untuk ‘Berkongsi Keriangan Cita Rasa Warisan’ (‘Share the Taste of Heritage’) sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68 tahun ini.

Dibuat daripada bahan-bahan asli dan semula jadi, Pocky Durian dan Pocky Ondeh-Ondeh meraikan keenakan rasa kegemaran rakyat Malaysia dalam setiap gigitan.

Pocky Durian menampilkan rasa Raja Buah dengan salutan mewah coklat durian berkrim daripada isi durian sebenar, manakala Pocky Ondeh-Ondeh pula membawakan keaslian tradisional dengan salutan coklat pandan yang ditaburi kelapa parut kering asli untuk memberikan sedikit rasa lemak masin, membaluti batang biskut berperisa gula melaka yang mengimbau nostalgia.

Ads

Gandingan dua perisa istimewa pada batang biskut rangup Pocky mencetuskan keseronokan menikmati sajian yang menghidupkan semula rasa tempatan dalam cara baharu.

Kedua-dua pek perayaan ini hadir dalam bungkusan berwarna-warni berinspirasikan motif Peranakan, menampilkan ilustrasi fotorealistik dan penekanan pada penggunaan bahan-bahan asli. Ia bukan sekadar membawakan pengalaman rasa yang enak, bahkan menjadi simbolik penghargaan kepada kepelbagaian budaya Malaysia.

Pocky Meraikan Hari Kebangsaan Dengan Pocky Durian dan Pocky Ondeh-Ondeh Edisi Terhad

Semangat ini turut digambarkan melalui mural khas yang ditajakan oleh Glico Malaysia – karya seni jalanan yang cukup menarik untuk dikongsikan di media sosial, memaparkan keharmonian unik budaya Malaysia dan motif tradisional yang mewarnai kehidupan seharian rakyatnya.

Mural dari lorekan tangan seni pelukis jalanan tempatan terkenal, Abdulrashade ini merupakan ekspresi penuh semangat yang menyatukan rakyat Malaysia, mengetengahkan perpaduan budaya, kebanggaan negara dan kecintaan bersama terhadap makanan tempatan. Intipati karya seni ini terletak pada hubungan yang dikongsi bersama, mengadunkan motif tradisional Peranakan dengan elemen moden seperti fotografi dan papan selaju — melambangkan minat yang berpadu dengan semangat anak muda Malaysia masa kini.

Ads

“Rakyat Malaysia sememangnya cintakan makanan dan berbangga dengan rasa tradisional sajian kita. Dengan Pocky Durian dan Pocky Ondeh-Ondeh, kami ingin berkongsi kegembiraan melalui perisa tradisional yang mesra di lidah kita dalam cara baharu yang menyatukan budaya, rasa dan kreativiti,” kata Lee Yeen Theng, Pengarah Urusan Glico Malaysia & Kluster Antarabangsa. “Mural ini menghidupkan semangat itu, mengetengahkan  bakat artis temparan dan cita rasa warisan sambil meraikan perpaduan dan kepelbagaian Malaysia. Sempena Hari Kebangsaan ke-68 ini, kami berharap dapat terus menyumbang kepada kehidupan yang lebih sihat dan sejahtera untuk semua rakyat Malaysia.”

Terletak di Jalan Doraisamy di Chow Kit – berhampiran lokasi ikonik Heritage Row dan tumpuan penduduk bagi makanan tempatan – mural berwarna ceria yang sesuai untuk paparan media sosial ini tampil sebagai penghargaan kepada kepelbagaian budaya Malaysia, dan di sinilah pertemuan antara warisan dan budaya moden bandar.

“Sebagai pelukis jalanan Malaysia, saya bangga dapat menghasilkan karya yang menggambarkan identiti kita bersama. Saya berasal dari Pulau Pinang dan membesar dalam budaya Peranakan. Malah keluarga saya memiliki dusun durian – jadi karya ini sangat dekat di hati,” kata Abdulrashade.  “Mural ini menampilkan aspek perpaduan, belia, dan warisan. Saya harap ia menginspirasikan lebih ramai orang untuk melihat bagaimana seni jalanan boleh menceritakan kisah negara ini dengan cara baharu yang lebih segar.”

Ads

Sempena Hari Kebangsaan ini, jangan lepaskan peluang mendapatkan beberapa pek Pocky Durian dan Pocky Ondeh-Ondeh – gandingan sempurna rasa tempatan dalam batang biskut rangup, yang boleh dibeli di pasar raya utama, kedai serba neka dan secara dalam talian melalui Shopee  pada harga RM3.40 sekotak.

Sementara itu, luangkanlah masa melawat mural khas ‘Kongsi Keriangan Cita Rasa Warisan’ (‘Share The Taste of Heritage’)  untuk mengabadikan detik bersejarah ini. Jangan lupa ambil gambar yang menarik dan kongsikan momen peribadi anda itu dengan tanda pagar:

#PockyDurian #PockyOndehOndeh #KongsiKerianganCitaRasaWarisan #ShareTheTasteofHeritage #ShareHappiness.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI