Phad Thai Udang, Menu Wajib Cuba. Memang Terangkat Habis

Share

Jika ke restoran Thai, pasti ada menu Phad Thai Udang. Menu ini patut dicuba tau. Rasanya seakan-akan kuetiau goreng, cuma bahan yang digunakan adalah berbeza dan jenisnya lebih halus.

Digoreng pula dengan udang, memang terangkat habis kesedapannya. Kali ini, kita ikuti perkongsian resipi daripada Rozmaliza Omar yang cukup istimewa dan menyelerakan.

Cuba buat tau. Memang sedap. Bahan-bahan pun mudah diperoleh. Cara membuatnya pun mudah sahaja.

BAHAN-BAHAN:

1 paket mi phad thai direndam dengan air panas (boleh juga guna kuetiau halus)

6 bawang putih (dicincang) – Boleh beli online di sini

1 keping tauhu (didadu dan digoreng) 

10 ekor udang segar

Daun bawang (dipotong panjang) 

1 mangkuk tauge

2 biji telur (dipukul sedikit)

3 sudu besar lobak masin (dihiris kecil)

Boleh juga tambah isi ayam.

————————————–

CAMPURAN SOS PHAD THAI

BAHAN-BAHAN:

Air asam jawa – Boleh beli online di sini

Gula Melaka/ gula perang – Boleh beli online di sini

Sos ikan Thai – Boleh beli online di sini

CARA MEMASAK:

Campurkan kesemua bahan. Seimbangkan rasa masin, masam dan manisnya.

——————–

BAHAN TABUR

Kacang tanah (digoreng lalu ditumbuk kasar) – Boleh beli online di sini

Chilli flake 

Hirisan daun ketumbar/ daun sup

———————————————

CARA MENGGORENG PHAD THAI:

Tumis bawang putih hingga wangi. Kemudian, masukkan udang dan masak seketika.

Setelah itu, masukkan phad thai, tauge, tauhu goreng, daun bawang, lobak masin dan tuangkan sos pad thai. Gaul rata.

Ketepikan phad thai. Tuangkan telur dan kacau hingga telur masak garing. Setelah itu, gaul semua sehingga rata dan sebati.

Akhir sekali, taburkan chilli flakes, kacang tanah tumbuk, hirisan daun ketumbar dan hirisan limau nipis semasa menghidangkan phad thai goreng.

Siap. Sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba.

Kredit: Rozmaliza Omar

[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN