Petugas Media Dijamu Set Patin Tempoyak, Minuman Dari Saji dan Milo

Share

 

Bermula dengan makanan segera KFC dan Mc Donald’s semalam, hari ini petugas media disaji dengan hidangan nasi berlaukkan tempoyak ikan patin daripada Temerloh Catering.

Hidangan set patin tempoyak ini adalah untuk membantu para petugas media mendapat makanan sementara menunggu berita terkini daripada isu politik negara yang sedang berlaku pada hari ini. Pemberian makanan ini adalah inisiatif daripada pengasas Temerloh Catering sendiri iaitu Khairul Jazam.

 

 

RASA sebagai salah satu kelompok media amat berbesar hati dengan keprihatinan para usahawan makanan yang menyediakan makanan untuk petugas media. Terima kasih!

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Dato’ Ahmad Fadil Hj Shamsuddin mewakili Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menyerahkan makanan masak tempoyak ikan patin Pahang kepada petugas media di pintu 2 Istana Negara. Terima kasih kepada restoran Temerloh Catering yang memberi sumbangan kepada semua petugas media hari ini.

 

 

SAJI HIDANG MINUMAN

Melalui laporan yang viral di media juga, pada hari ini ada trak Milo yang menyediakan minuman kepada petugas media. Meriah nampaknya perkarangan Istana Negara sekarang.

MILO PUN ADA!

Terima kasih kepada semua yang sudi menyumbang kepada petugas media. Semoga semua dimurahkan rezeki.

IKLAN