Petua Simpan Daun Sup Agar Kekal Segar & Tahan Lama

Share

Daun sup memang sedap jika letak dalam masakan. Baunya yang wangi memang membuka selera. Cuma masalah jika beli daun ni adalah jumlahnya yang banyak serta tak tahan lama. Guna dalam masakan pun bukannya banyak. Andai simpan di ruang penyimpanan yang biasa, daun sup tak boleh tahan lama dan pasti kecut serta lembik. Rugi jika jadi macam tu.

Namun ada petua simpan daun sup yang boleh dicuba. Guna cara ni, lebihan daun sup yang dibeli boleh tahan lebih lama malah kekal segar seperti baru dibeli. Simpan berbulan-bulan pun tak apa. Nak cuba? Jom lihat cara-caranya.

PETUA SIMPAN DAUN SUP

 

BAHAN-BAHAN:

  • Daun sup (beli online DISINI)
  • Air masak
  • Bekas kiub ais (beli online DISINI)

 

CARA-CARA:

1. Basuh bersih daun sup dan dan racik halus seperti yang anda potong untuk masukkan dalam masakan sup.

2. Masukkan hirisan daun sup ke dalam bekas kiub ais. Isi air sampai menutupi daun-daun tadi.

3. Letakkan dalam peti sejuk dan bekukan. Setelah beku sepenuhnya, keluarkan dan simpan dalam bekas yang bertutup seperti bekas makanan.

 

4. Untuk menggunakannya, ambil 2-3 kiub ais daun sup dan masukkan ke dalam sup yang sedang dimasak. Siap untuk dinikmati!

5. Cara ini juga boleh digunakan untuk menyimpan lebihan hirisan bawang, cili, daun ketumbar dan sebagainya. Selamat mencuba!

 

Kredit petua & foto: Azyan Salamat

 

Anda mencari PETI SEJUK? Boleh klik DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

 

IKLAN