Petua Sayur Berdaun Kekal Hijau & Segar Lebih Lama

Share

Sayur hijau seperti sawi, kangkung, bayam dan sebagainya selalu mendatangkan masalah jika disimpan lama di dalam peti sejuk. Jika dibeli, dalam 2-3 hari sahaja sayur tersebut kelihatan layu dan lembik. Jika tidak layu, sayur ini akan menjadi kekuningan dan rasa tidak enak jika dimasak dan dimakan.

Bagi anda yang suka membeli sayur-sayuran untuk sajian keluarga dalam tempoh seminggu, petua ini anda boleh cuba. Apa yang perlu anda lakukan adalah bungkus sayuran dedaun ini ke dalam surat khabar. Kemudian masukkan ke dalam plastik berwarna hitam dan barulah disimpan kemas di dalam peti sejuk. Cubalah dan lihat hasilnya.

IKLAN